♦ AmoyLalato ♦
Showing posts with label AMOYLALATOMAKEUP. Show all posts
Showing posts with label AMOYLALATOMAKEUP. Show all posts

Wednesday, January 2, 2019

MAKEUP CLASS - ZERO TO BASIC

Assalamualaikum !! Hello Dreamer ^^


Kisah tahun lalu 14 Januari 2018 Amoy and my friends iaitu Amira dan Atyn join kelas makeup Zero to Basic. Walaupun Amoy dah ada basic makeup tapi saja nak join untuk belajar mana yang patut dan teman sekali my friends. 

Kelas makeup ni murah je sebab ini untuk Zero to basic kan, booking date kena buat bayaran RM30 je dulu then after class baru bayar balance tu. Price untuk kelas ni murah saja dalam RM100 sebab ada promo, Normal price is RM150. Actually dah lama Amoy teringin nak join kelas makeup ni dah alang-alang kitaorang borak pasal makeup then terus Amira cari kelas makeup ni then terjumpa lah dengan Kak Zura ni.

Kak Zura ni pernah jadi makeup artis untuk TV3 then now dia freelance MUA je. Bayaran caj makeup dengan Kak Zura ni pun reasonable juga berbaloi lah untuk yang bajet tak terlalu tinggi kan. Limit untuk kelas makeup adalah 3 orang saja, every weekend ada kelas makeup kena set date saja. Bermula je kelas Kak Zura tunjuk demo dulu dekat model dia sambil tu share lah tips then mana yang kitaorang tahu tu kitaorang share juga.. kiranya sama-sama belajar improve kan kemahiran yang ada ni. Kelas makeup ni include dengan sijil tau dan makanan/minuman ringan.

Nanti Amoy and friends nak join kelas advance pula kalau ada kesempatan masa. Harga untuk advance akan up lagi RM50-100 berbaloi sebab tak terlalu mahal untuk kelas makeup dengan Kak Zura ni. Tengok gambar di bawah memasing semangat nak melawa walaupun makeup basic saja fokuskan pada bahagian foundation dap dap dap dan bahagian mata.. hihihihi

 



With Makeup guru Kak Zura
My Wow Bamss


Lots of Love 

Thursday, December 31, 2015

THE POP BOX | DECEMBER

Hai Assalamualaikum !!

Hi Korang! Baru hari ini ada masa nak updated Pop Box bulan December yang Amoy purchase. Kali ini tema untuk Pop Box My adalah Lips galore, dalam beauty box kali ni ada lima produk bibir sahaja. Beauty box kali ni memang comel, kecil saja box nya sebab hanya lips product saja kan.
Harga untuk beauty pop box kali ni telah naik sehingga RM130, sebelum ini hanya RM120 sahaja untuk every months. Items untuk December Pop Box pun seperti sedia kala sebanyak lima produk saja. Jom tengok lips product apa yang ada di dalam beauty box.

Di atas adalah gambar produk untuk beauty box bulan Disember. Setiap items adalah berbeza dan produk ini jugak adalah drugstore produk serta tidak ada dijual di Malaysia. Seperti biasa, tidak diberitahu harga pada sebarang kad mengenai harga setiap produk tersebut. Jadi kena search sendiri harga produk ini.

Seperti tertera diatas, lima produk tersebut adalah Lip Balm, Lipliner, Liquid Lipstick, Lipstick dan Lip Gloss.  
  • Lip Balm    - Purely Coconut Lip Balm
  • Lip Liner    - Jordana Easyliner for Lips in LATTE
  • Liquid Lipstick - LA.Girl Matte Pigment Gloss in REBEL
  • Lipstick   - NYC Expert Last Lip Color Matte in RED SUEDE
  • Lip Gloss   - Maybelline Colorsensational Lip Gloss in SUGARED HONEY
Lip Balm ini memang best dan rasa smooth je bibir Amoy , bau coconut nya pun agak kuat jugak. Amoy okay je dengan Lip Balm ni. 

Lip Liner ini pulak memang Amoy suka dan ramai beauty Guru dari Youtube yang menggunakan Jordana Lip Liner ni. Amoy puas hati dan suka dengan warna nya yang nude.

Liquid Lipstick ini pulak, sememangnya favorite Amoy sebab Amoy memang dah ada lipstick ini tapi shade lain lah. Memang best, tahan lama.. tak perlu touch up banyak kali macam lipstick yang lain. Memang Amoy recommend LA.Girl Matte Pigment Gloss ini before this dekat kawan-kawan Amoy. 

Lipstick NYC ini agak biasa saja bagi Amoy, warna merah nya tidak menarik minat Amoy sangat dan tidak tahan lama. pakai sekejap dah hilang. haha. 

Lip Gloss ini okay bagi Amoy, lagipun Amoy bukanlah pengemar tegar Lip Gloss, jadi Amoy agak jarang menggunakan Lip Gloss. 

Okay itu sahaja review mengenai Beauty Box, Pop Box My in December. Nextmonth.. oppss. not nextmonth but nextyear January 2016 Amoy pun dah order dan tema untuk January is New Look smokey and bold. So, tak sabar apakah produk yang akan dapat Januari nanti.

-END-

Lots of Love 

Saturday, December 19, 2015

LAST MINUTE MAKEUP | POST WEDDING FERA

Hi everyone! pada entry ini Amoy ada kata yang outdoor photoshoot Fera postpone disebabkan hujan lebat petang itu. So, akan buat photoshoot pada keesokkan hari nya 8/11/2015 dekat area Kuchai lama if tak silap sebabnya dia saja yang pergi, kitaorang dekat apartment still belum mandi dan bermalas-masalan. haha XD
Di sebabkan outdoor photoshoot postpone, tiada siapa nak makeup Fera untuk photoshoot. nak dijadikan cerita, nasib baik Amoy bawa makeup lebih sebab makeup bridemaids semalam. jadinya, Amoy lah yang ditugaskan makeup Fera. 

Makeup sweet-sweet gituh untuk post wedding bertandang Fera ni. Alhamdulillah, Dia suka sangat dengan hasil makeup yang Amoy buat ni. Sebenarnya tak berapa berani sangat takut comot pulak pengantin nak photoshoot kan. Tapi... alhamdulillah feedback yang baik dari sahabat ku ini. XD . 
Ini lastminit makeup dan memang tak rancang pun nak makeup dia, Amoy memang tak bawa eyeslashes lah. itu sebab Fera pakai mascara saja. Eyeslashes yang dia ada pun dah tak elok.. so, terpaksa simple look sebegini lah. thanks sahabat ku sebab trust untuk makeup muka kau. XD.  Nak tangkap gambar before makeup pun sampai lupa sebab nak cepat-cepat makeup kan. Hah!! tak lupa jugak, Hair do by me.. Amoy yang buat even tak ada barang yang lengkap, nasib baik Amoy bawa pin banyak untuk siapkan rambut dan pasang crown dia..sorry if ada messy sikit rambut dia..hehe XD
-
-
Petang itu pula, kitaorang semua plan nak pergi tengok wayang dekat Setia Walk, Puchong ni. Yang kelakarnya kitaorang tengok wayang sampai dua kali disebabkan Amoy dapat tiket murah seorang just RM10 saja. haha XD . Lepas tengok Paranormal then sambung tengok movie James Bond, Spectre. Boring yang amat movie paranormal tuh, tengok pun sebab diaorang nak tengok.haha. After that pergi makan dekat Puchong Perdana, disebabkan memasing dah kelaparan dan kesejukan.. hujan lebat malam tu.

-
-
end


Lots of Love 

Friday, October 30, 2015

OCTOBER POP BOX

Hi korang! kali ni Amoy nak review tentang The Pop Box bulan Oktober yang Amoy baru saja dapat. Ini first time Amoy join Pop Box My ni.. maybe Amoy akan purchase every months untuk beauty box ini.



Ini beauty box yang memang khas untuk beauty people di Malaysia. Berharga RM120 sahaja setiap purchases dan dalam ni pelbagai produk makeup yang ada dan dengan harga RM120.. Amoy dapat barang-barang yang ada dibawah ini. Sangat berbaloi dengan bayaran rendah tapi Amoy dapat banyak produk dan menariknya produk ni semua full size kecuali satu barang sample.

Produk dibawah ini kebanyakkannya adalah dari American drugstore brand dan jugak ada beberapa brand yang Amoy pernah guna.


Sebanyak 15 barang yang amoy dapat dan ianya sangat berbaloi untuk dibeli. Dibawah Amoy akan tunjuk satu per satu produk yang ada didalam Pop Box My ini.




1st gambar adalah dari brand Kleancolor baked blush in "Spring Blossom". Blusher ini adalah full size item, memang besar dan menariknya Amoy tak pernah ada colors blusher macam ini. Warna nya lebih kurang macam pink purple dan ada shimmering.. itu dari pandangan Amoy lah.. blusher ini ada SPF 15. Blusher ini jugak boleh digunakan sebagai highlight.

2nd gambar adalah dari brand Kleancolor.. Tanned Rawr Matte bronzer. Amoy sememangnya memang suka bronzer, dan kebanyakkan koleksi Amoy lebih banyak bronzer dari blusher. Bronzer yang ada didalam beauty box ni sangat cantik.. Amoy calit sedikit pun dah terang macam tuh.



Gambar di atas adalah eyeshadow dari brand L.A. Colors dan bestnya Amoy dapat dua eyeshadow yang sangat pigmented ini. Setiap pallete ada lima warna yang sangat cantik. 1st pallete adalah eyeshadow in "Tea Time" dan 2nd pallete adalah "Wine & Roses" . Agak sesuai untuk makeup day to night.



Yang paling menarik dalam beauty box ini adalah Amoy dapat tiga lipstik berlainan brand iaitu dari Elf , L.A. Colors dan Kleancolor. Amoy sememangnya lipstick lover.. Ketiga-tiga lipstik ini adalah matte dan from left is Kleancolor in "Rosewood" , Elf in " Seductive" dan L.A. Colors in " Matte Berry Ice" . Warna yang sangat cantik, Amoy memang suka dark shade macam ni.. tapi satu saja kekurangan nya adalah bau lipstik yang kurang menyenangkan. Amoy memang tak suka bau lipstik yang terlampau kuat, walaupun bila pakai dekat bibir bau tuh tak syok lah. haha :D



Ketiga-tiga produk di atas ini adalah dari satu brand iaitu Elf. Produk elf ini memang Amoy dah tahu dan ini produk dari drugstore dan ramai jugak beauty Guru di youtube menggunakan brand ini. Harga yang berpatutan dan setanding dengan kualitinya. So, 1st produk diatas adalah Mascara dan Liquid Eyeliner dan 2nd produk is Shimmering Facial whip.


Walaupun Amoy bukanlah pengemar eyelashes tetapi agak bagus jugak untuk Amoy cuba nanti kan. dua brand eyelashes ini adalah dari Kara eyelashes in #15 dan Kleancolor in #505.


Last full items product is My Beauty Diary Caviar Mask. Amoy belum pernah try lagi produk ini, nanti Amoy try Amoy akan buat review.. InsyaAllah.


Last items is Nature Republic cleansing.. Ini adalah sample items di dalam beauty box ini. Amoy baca banyak review tentang cleansing ini. Nanti Amoy akan cuba. :D

Sekian.. itu sahaja produk yang Amoy dapat dalam Pop Box My.Boleh berjimat dengan pembelian beauty box macam ni dan rasa happy sebab dapat produk best macam ni. Thank you so much sudi baca review yang tak seberapa ini.

Lots of Love