♦ AmoyLalato ♦
Showing posts with label EVENTS. Show all posts
Showing posts with label EVENTS. Show all posts

Sunday, February 19, 2017

CELEBRATION BIRTHDAY FERRA & AYIE @ VORTEX KUALA LUMPUR

Assalamualaikum !! Hello Dreamer ^^


11/02/2017 Saturday

Pada sabtu lepas Amoy & Brazilia Bff geng buat birthday parti untuk Ferra & Ayie di Vortex Suite & Residences Apartment, Kuala Lumpur. Hari Sabtu tu kitaorang start dalam jam 6.30 petang macam tu sebab nak tunggu semua orang dah datang jadi boleh lah celebrate sekali kan. Even birthday Ayie bulan Januari lepas & Birthday Ferra on next week, kitaorang decide buat tengah-tengah date so boleh lah celebrate sekali kan. Kitaorang memang akan sekali kan birthday member yang date nak dekat date & bulan.

Kitaorang share untuk birthday parti ini & dah bahagikan apa yang kitaorang buat, sorang buat itu sorang lagi buat ini. Amoy & Shida ditugaskan membeli makanan iaitu Shida beli KFC & Amoy pula beli Domino's. Kali ni kitaorang memang decide untuk beli fast food berbanding dengan birthday parti yang lepas Sis Nor yang masak.hihi.


Apartment pula kitaorang stay dekat Vortex Suites & Residences, Kuala Lumpur untuk 1 night only.
Apartment ni Miera yang booked 2 weeks before date ni di Agoda.com & ada dua buah bilik untuk lelaki & perempuan. Tak ada gambar pula untuk keseluruhan apartment ni sebab masa datang tu dah penuh barang & terus lupa nak tangkap gambar masa nak balik keesokkannya. aduiyaii.hihi

Sementara tunggu Ferra & Aina sampai, Amoy & girls yang lain deco lah sikit meja tu dengan bunga.. deco apa yang mampu saja.hihi. Bila Ferra dah sampai dia minta Amoy makeupkan dia, pagi tu dia dah whatsapp nak suruh makeup..makeup simple je untuk birthday girl kan. Semua dah siap & dah datang terus kitaorang mulakan sesi potong cake, yang paling penting bergambar okay (ini wajib). Memasing kebulur kelaparan sampai hati senang tengok tak ada pembaziran makanan sebab memang licin terus.

HAPPY BELATED BIRTHDAY AYIE & ADVANCE BIRTHDAY FOR FERRA

After dah settle potong cake, makan & bergambar.. kitaorang tukar baju untuk swimming dekat pool bawah tingkat 6 tapi malangnya masa kitaorang turun pool dah tutup. Selalu kitaorang pergi swimming akan tutup jam 10pm tapi kali ni dekat Vortex apartment ni tutup jam 8pm. Mood kitaorang nak swimming terus hancur lebur macam tu je.hm

Kitaorang naik atas ber pillow talk je lah dengan Brazilia Bff geng, macam biasa story life kitaorang, pasal wedding Ayie next month & plan next trip (harus ada next trip okay).hihi. Ferra & Aina tak tidur apartment, jadi yang sambung story is Amoy, Miera, Shida & Fana saja..Sis Nor pula dah tidur awal sebabnya time tu dia tak berapa sihat. Lepas tu dalam bilik tinggallah kitaorang bertiga Amoy, Miera & Shida punya lah borak sakan sampai kelaparan, Shida pun order Mcdonald tengah malam sesi untuk mengemukkan lagi badan memasing.haha

Keesokkan pagi tu, Kitaorang pergi swimming disebabkan semalam tak dapat swimming jadi kitaorang semangat bangun pagi nak swimming dekat situh. Tapi.. yang tak bestnya setiap seorang kena bayar RM15..kitaorang pun whattt??? kena bayar nak swimming dekat sini? Tempat private macam ni pun kena bayar ke, Abang tu pun kata sebab swimming & gym ni bukan management dari Vortex pun. Selalu kitaorang stay tempat lain area Kuala Lumpur ni tak ada lah sampai kena bayar untuk swimming, first time macam ni. Tapi bila dah deal abang tu suruh bayar RM15 untuk semua je sebab tak nak lah nanti dalam buku tak ada langsung orang swimming kan. So.. okay lah macam tu kitaorang dapat lah juga swimming dari balik dengan hancur musnah macam semalam.haha.

Lepas dah puas mandi, kitaorang naik ke apartment bersiap nak check out jam 1pm nanti. Breakfast nasi lemak yang dibeli oleh Ejam husband Miera (thanks belanja weyh). Hari ini kitaorang just keluar pergi makan Udang galah je dekat Kuala Selangor & Ferra pun join kitaorang ke sana. Fana pun pergi ambil anak dia dekat rumah dapat lah Amoy jumpa Adam time tu.huhu.

Sekejap je masa berlalu, next month baru kitaorang akan jumpa lagi time wedding Ayie dekat Kedah. huhu.




CHEDABURIANS 
ADEEL HAIDAR COMEL (ANAK FERRA)
BRAZILIA BFF GIRLS
AIR BERSIH TERJAGA SEBAB TU KENA BAYAR KOT!
SEDAP !!! KENYANG MENGATAH UDANG JE

In Sha Allah nanti Amoy review tentang tempat makan udang kat gambar diatas ni.^^


Lots of Love 

Friday, December 18, 2015

BFF BIRTHDAY | BEE AMIRA

Bersambungnya entry yang lepas wedding Ferarol . Amoy , Aina dan Shera dah siap beli kek dan makanan semua, balik ke apartment kitaorang stay tuh. Nasib baik diaorang semua pergi swimming, Amoy suruh lah Shida turun bawah pickup kitaorang dan prepare semua. 
Bila dah prepare semua, Shida ajak swimming tapi macam malas nak tukar baju bagai. So, stay di apartment dengan Aina dan Shera. Letih yang amat dari siang sampai kemalam kan.haha. Sambil menunggu sambil bergambar lah kitaorang ni.haha XD
Ini saja yang sempat kitaorang prepare untuk bff kitaorang.
Berwelfie lah kita.
Dalam jam 10 (maybe sebab tak ingat sangat) , Diaorang yang mandi swimming tu pun balik dan kitaorang yang dalam apartment ni kelam kabut lah, pasang lilin, nyalakan lilin lah, tutup lampu bagai. Fera dah whatsapp awal-awal dia dah nak dekat sampai pintu, lagi lah kitaorang kelam kabut lagi-lagi si Shera. haha XD.
Fera bagi salam bukan main kuat lagi, itu hint untuk kitaorang lah tu.haha. so bila diaorang buka pintu. Apa lagi.. surprise surprise surprise...!! haha..
Dengan basahnya dia, kena surprise yang tak seberapa dari kitaorang ni.
Happy Birthday sayang !! muah muah angkat kaki!
To my bff Miera, Happy Birthday!! terimalah surprise kitaorang yang tak seberapa ni. Kitaorang always ingat birthday geng kita semua.. cuma kali ni lambat sikit celebrate disebabkan kita nak tidur apartment untuk majlis bertandang Fera. tuh yang nak buat kat apartment tuh. huhu .. Lepas makan memasing keletihan dari pagi hingga malam, esok pulak Fera nak outdoor photoshoot . bye muah muah angkat kaki. :* 
Lots of Love 

Sunday, September 13, 2015

KANG GARY IN MALAYSIA

Hai Assalamualaikum !!


Last week on Saturday 5th September, Aku pergi Matta Fair dengan ex-collegemates aku iaitu Dayah dan Della. Bertemankan anak saudara aku si Akmal dan kawan dia iaitu Angah. Aku tahu macam dah basi story ini sebab dah seminggu kan, tapi aku nak story jugak. haha :D

Sebab utama aku nak sangat pergi Matta Fair kali ni, semuanya pasal aku dan Dayah nak survey pakej murah ke Lombok untuk next year tapi bila sampai sana.. nan ado lah, sebab pakej semuanya mahal lebih baik kitaorang buat itinerary sendiri. Kitaorang dah lah plan banyak tempat bila ke Lombok nanti tapi tak ada pulak. So, kitaorang just survey pakej-pakej yang murah kat sana.. mana tahu tetiba last minit nak travel tempat lain pulak. XD

Dan sebab keduanya pulak adalah Kang Gary. Last year time Runningman Fans Meeting in Malaysia, Kang Gary tak ada. So disebabkan itu lah nak tengok kali ni. Dia diundang ke Matta Fair oleh Pertubuhan Pelancongan Korea untuk mempromosikan negara mereka kepada rakyat Malaysia dengan menggunakan populariti idola di Korea. Kalau yang nak bergambar dengan dia dan tengok face to face semestinya lah kena beli pakej pelancongan Korea kat situ. Business maa..macam tu lah kan, Kitaorang ni pulak just boleh tengok dari jauh dan berebut nak berdiri paling depan pagar tu semata-mata nak tangkap gambar dia. fuhh!! sampai sakit kaki menunggu dia muncul tau. 

Kang Gary always dengan muka dia yang tenang tu.. stress betul. haha
Tengok performances mereka before menunggu Kang Gary Muncul.

After that, aku yang tengah kepenatan dan kelaparan serta kehausan ni singgah lah makan dekat Sunway Putra Mall. Tapi.. time nak balik tu sakit hati jugak lah, beratur bagai nak rak dekat stesen LRT tu lepastu kata stesen Bukit Jalil tutup sebab pokok tumbang. Bengang juga lah pada mulanya sebab dengan kepenatan kan. Nasib baik anak sedara aku dengan kawan dia ada, so jadilah peneman aku yang berseorangan malam tu. so sad. tapi alhamdulillah sampai juga ke rumah sebab akak aku yang ambil. haha



Lots of Love 

Monday, September 7, 2015

Officially Twenty Four !!


September 3rd is my birthday!!! YAY! Today is the most beautiful day to remember for my life. 
I am so happy and feel touched. Terima kasih Ya Allah for allowing me to see another years, Alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini dan memberi kesihatan yang baik setakat ini. Alhamdulillah kini aku telah berumur 24 tahun dan masih single okay hehe, Dengan meningkatnya umur aku ni semoga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, pertemukan jodoh yang baik buat aku dan tercapai segala niat dihati yang selama ini aku inginkan.
InsyaAllah Aaamiin.
Tarikh inilah membuatkan aku semakin rindu dan terkenangkan arwah Mak yang telah melahirkan, menyusukan, membesarkan dengan sepenuh kasih sayang serta mendidikku. Pengorbanannya terlalu besar hingga tak terucap dengan kata-kata. Kesabarannya yang agak tinggi untuk menjaga aku selama ini dan aku rindukan masakkan arwah mak serta wish birthday yang selalu arwah Mak ucapkan.
Buat Ayah tersayang, terima kasih atas kasih sayang selama ini. Terlalu besar pengorbananmu dengan membesarkan aku, mencari rezeki untuk keluarga dan mendidikku. Syukur Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami sekeluarga rezeki yang berkat dan kesihatan yang baik hingga kini. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Ayah serta ahli keluargaku. Terima kasih juga kepada keluargaku yang tersayang kerana wish birthday dan membuatkan hati ini gembira tak terkata. Terima kasih kerana melayan kerenah aku selama ini. So,bertahanlah sampai bila-bila kerana adik bongsu korang ni ternyata memang degil tapi manja okay.
(kiss emoji)
Buat sahabat, kawan-kawan, dan kenalanku, terima kasih di atas wish dan doa korang. Aku appreciated sebab korang tak lupa untuk wish birthday aku every years. To my Chedaburians , highly appreciated cause celebrating my birthday di Paddington House Of Pancakes, The Curve night before my birthday. Many thanks Chedaburians every year memang tak pernah lupa untuk celebrate, semoga persahabatan kita akan kekal utuh selamanya. InsyaAllah. (Smile emoji) 



Lots of Love <3