♦ AmoyLalato ♦

Monday, September 7, 2015

Officially Twenty Four !!


September 3rd is my birthday!!! YAY! Today is the most beautiful day to remember for my life. 
I am so happy and feel touched. Terima kasih Ya Allah for allowing me to see another years, Alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini dan memberi kesihatan yang baik setakat ini. Alhamdulillah kini aku telah berumur 24 tahun dan masih single okay hehe, Dengan meningkatnya umur aku ni semoga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, pertemukan jodoh yang baik buat aku dan tercapai segala niat dihati yang selama ini aku inginkan.
InsyaAllah Aaamiin.
Tarikh inilah membuatkan aku semakin rindu dan terkenangkan arwah Mak yang telah melahirkan, menyusukan, membesarkan dengan sepenuh kasih sayang serta mendidikku. Pengorbanannya terlalu besar hingga tak terucap dengan kata-kata. Kesabarannya yang agak tinggi untuk menjaga aku selama ini dan aku rindukan masakkan arwah mak serta wish birthday yang selalu arwah Mak ucapkan.
Buat Ayah tersayang, terima kasih atas kasih sayang selama ini. Terlalu besar pengorbananmu dengan membesarkan aku, mencari rezeki untuk keluarga dan mendidikku. Syukur Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami sekeluarga rezeki yang berkat dan kesihatan yang baik hingga kini. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Ayah serta ahli keluargaku. Terima kasih juga kepada keluargaku yang tersayang kerana wish birthday dan membuatkan hati ini gembira tak terkata. Terima kasih kerana melayan kerenah aku selama ini. So,bertahanlah sampai bila-bila kerana adik bongsu korang ni ternyata memang degil tapi manja okay.
(kiss emoji)
Buat sahabat, kawan-kawan, dan kenalanku, terima kasih di atas wish dan doa korang. Aku appreciated sebab korang tak lupa untuk wish birthday aku every years. To my Chedaburians , highly appreciated cause celebrating my birthday di Paddington House Of Pancakes, The Curve night before my birthday. Many thanks Chedaburians every year memang tak pernah lupa untuk celebrate, semoga persahabatan kita akan kekal utuh selamanya. InsyaAllah. (Smile emoji) 



Lots of Love <3

1 391 Dreaming:

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥