♦ AmoyLalato ♦

Friday, October 2, 2015

BESTFRIENDS WEDDING - BRIDESMAID DRESS

Hi Blogger! Entry kali ini Amoy nak cerita pasal bestfriend Amoy yang akan bernikah pada Jumaat 2hb Oktober 2015. Amoy dan kawan yang lain semua berdupdap dup dap padahal orang lain yang nak kahwin kitaorang yang excited. Mana tak excited kan, bestfriend yang kecik molek nak berkahwin.
Amoy serta lima orang kawan yang lain akan  menjadi Bridesmaid untuk bestfriends kitaorang nanti. So, Amoy ditugaskan untuk handle bab baju yang digunakan pada hari persandingan nanti. Kawan Amoy iaitu Shida pula ditugaskan membeli kain batik songket dari Sarawak. Itu pun dia alang-alang pergi Sarawak last month. Lagipun kain batik songket Sarawak memang cantik. Aina pula ditugaskan cari shawl untuk kawan -kawan yang berhijab. 
Nasib baik sempat cari tailor nak jahit kain batik songket ni. Kalau tak tahu nak pakai kain apa nanti sebab nak semuanya sedondon, berboria lah kita nanti. Baju sanding ferra nanti warna emerald green, so kami semua sepakat nak guna warna olive green untuk bridesmaid nanti. Semua ni pun dua bulan baru decide ada bridesmaid sebab pada mulanya tak jadi diatas hal tertentu. So ini saja lah yang kami dapat cari untuk last minit preparation.



Alhamdulillah, semua dah settle tunggu hari bernikah dan bersanding saja. Ferra pula dia tak lena tidur asyik memikirkan hal-hal kahwin ni, Mana tak risau kan hari bahagia kita pula tuh. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala hal yang akan datang. Semoga berbahagia disamping keluarga baru dan kehidupan baru selepas bergelar isteri nanti. Kami semua sayang kau Haffera, mesti cantik molek kau nanti.. seri pengantin lah kata kan.
This weeks cousin Amoy dan bestfriend Amoy iaitu Izyan pun akan berkahwin nasib baik date tak sama dengan Ferra. So dapatlah hadirkan diri ke wedding Izyan sebab Amoy pun dah ditugaskan untuk tolong dia bersiap nanti dan  juga decoration bilik dia. Sabtu pagi nikah dan tengahari bersanding, jimat masa kan. Cousin Amoy pula nasib baik buat hari jumaat malam..nasib baik. XD
Amoy tengah demam, sakit kepala dan muntah-muntah hari ni, harap esok tak demam teruk lah sebab event full, lagipun bestfriends nak berkahwin kan.

Lots of Love 

0 391 Dreaming:

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥