♦ AmoyLalato ♦

Saturday, April 8, 2017

BRAZILIA BFF TRIP | PERHENTIAN ISLAND, LANG TENGAH & REDANG ISLAND

Assalamualaikum !! 
Hello Dreamer ^^


29/04/2016 - 30/04/2016

Baru beberapa hari balik dari Lombok, Indonesia.. Amoy pergi pulau lagi tapi kali ni dalam Malaysia je lah short trip katanya. Amoy pergi dengan geng Brazilia Bff selama 3 Hari 2 Malam je. Hari Jumaat 29/04/2016 dalam jam 10 pm kitaorang naik bas double decker dekat TBS Terminal so akan sampai ke Kuala Besut awal pagi Sabtu tu dalam jam 8 am kalau tak silap Amoy.

Masa sampai ke Kuala Besut kitaorang kena tunggu uncle yang incharge tu dekat depan Lucky Restaurant. Sambil tunggu turn kitaorang nak naik boat, kitaorang pergi breakfast dulu dekat kedai melayu area situ. Pakej pulau ni kawan Amoy si Miera yang deal sebab dia pernah pergi dulu sini, so dia ambil pakej yang sama lah 3 tempat snorkeling iaitu di Pulau Perhentian, Pulau Redang & Lang Tengah. Bila dah naik boat & sampai dekat chalet yang kitaorang stay tu, kitaorang kena tunggu sampai jam 11-12 pm macam tuh sebab bilik tak available lagi. Jadi kitaorang lepak je lah dekat area situ sampai boleh check in bilik. Bila dah boleh check in, kitaorang bersiap untuk lunch & snorkeling area Pulau Perhentian.


First day Amoy snorkeling area Teluk Pauh, Shark Point & Tanjung Besi (kalau tak silap), Esok nya baru aktiviti ke Lang Tengah & Pulau Redang. Selepas tu masa nak balik tu singgah lah dekat Lata Air Berani sebab penduduk situ kata kalau mandi air berani ni sambil berhajat.. In Sha Allah hajatnya dimakbulkan waallahualam, ni pun orang yang kata semua tu kita serahkan pada Allah s.w.t je kan. Hari pun panas sangat bila dapat mandi air berani ni terus segar kepala otak, sejuk giler weyh nak ambil air pun pakai bekas yang ada dekat sana tu pun kecil & berebut tak puas nak mandi.haha. Nak ke windmill pun tak sempat & kena naik boat lagi kesana, tak apa next time In Sha Allah datang sini lagi.


Balik kitaorang mandi depan pantai je lepas tu bergambar (perkara wajib), after that mandi bersiap & dinner. Lepas dinner kitaorang lepak depan pantai layan lagu sambil tu layan jiwa juga, Lewat malam kitaorang akan ke Pulau Kecil disebabkan kitaorang stay dekat Pulau Besar jadi malam tu kitaorang lepak dekat Pulau Kecil lah naik boat malam-malam tak nampak apa pun.hihi. Lepak sana tengok pertunjukan api.. meriah dekat Pulau Kecil & kitaorang celebrate birthday Tachi sekali kat situ.huhu. kalau dekat Pulau Besar ni more to tenangkan fikiran & jiwa (best layan jiwa sambil kena angin sepui sepui). Amoy semua pun boleh layan tak kisah mana-mana tapi Amoy lebih suka ketenangan dengar ombak memalam wahhh buat aku rindu pulak ni aduhaii..haha.

Kitaorang balik dari Pulau Kecil dalam jam 4-5 am macam tu sebab tunggu abang boat tu tak sampai-sampai tu yang lewat tu. haha. Atas boat muka semua dah penat dengan mengantuk lagi sampai Amoy nak tergolek ke belakang sebab mengantuk nasib baik tumpang bahu si Rashidah time tu. Sampai bilik tukar baju, cuci muka terus tidur tak ingat apa dah tapi sempat lah gelak gurau before tidur dengan lenanya tu. Lagi-lagi tidur sebelah Miera memang jadi mangsa bantal peluk lah Amoy. haha XD

Okay Jom tengok gambar untuk hari pertama ni ..






- BE CONTINUE PART 2 -
Lots of Love 

0 391 Dreaming:

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥