♦ AmoyLalato ♦

Wednesday, July 13, 2016

MELAKA | SHORT TRIP

Hai Assalamualaikum!!

Lama giler tak buka blog dan apatah lagi nak updated blog ni, sampai dah bersawang tebal. Tahun ini satu updated dari Amoy memang tak ada langsung, nampak sangat malas kan.. Bukan apa Amoy busy dengan benda lain. Okay now nak share story lama pada Januari yang lepas. fuhhh 7 months lepas baru nak updated kan. haha

Januari lepas Amoy dan Geng Brazilia BFF pergi short vacay dekat Melaka selama 2 hari 1 malam sajo. Kata pun short trip ya dakk. Kitaorang bergerak dalam 11pm sebab diaorang semua tunggu Amoy balik dari Johor. Nampak tak, balik dari Johor then gigih pergi Melaka balik malam tuh. waduhh tak reti penat ke apa. Malam tu Amoy gerak pickup Fera dan husband dia Azrul then jumpa yang lain dekat sungai besi untuk gerak sekali.

Sampai Melaka around 1am sebab mencari homestay, cari duk cari Amoy bukak waze, finally jumpa jugak. Homestay ini bestfriend Amoy (Amira) yang cari dan booking. Besar dan cantik rumah yang kitaorang stay tuh. Ada 5 buah bilik, dan Amoy dan Shida dapat bilik utama siap toilet di dalam lagi. Tapi last-last kawan Amoy yang dua orang ni penakut sangat, so join je lah kitaorang tidur dalam bilik utama ini. haha 


Bahagian atas rumah, memang besar dan cantik kan.

Keesokkan hari nya, Kitaorang gerak untuk breakfast dekat klebang nasi lemak 50 sen tu. Thanks to Shida sebab belanja kitaorang for breakfast.. Semoga murah rezeki hendaknya. Memang sedap dan kena ambil banyak sebab 1 bungkus memang sikit sangat. Amoy makan 2 bungkus je.hehe.Masa sampai tu dah beratur panjang, punya lah ramai orang datang breakfast dekat situ.


Selepas tu kitaorang pergi ke Submarine Museum, tengok dan bergambar dekat kapal selam tu (sorry gambar dekat kapal selam tak ada sebab hilang entah kemana) . Walaupun dah pernah pergi, saja je kitaorang pergi lagi dan masuk sebab nak isikan masa yang ada ini. After that kitaorang ke Padang Pasir, Pantai Klebang pulak. 

Padang Pasir , Pantai Klebang
Cendol Bakar, Klebang
Disebabkan panas terik duk bergambar dekat padang pasir nun, Jadi kitaorang mencari tempat minum dan cendol bakar ini, rasa nak pergi lagi makan cendol..waduhhhh. Memasing minum tak ingat dunia sebab kepanasan melampau. haha. Lepas tu pulak, Kitaorang ke Upside Down House Melaka dengan bayaran RM15 for Malaysian dan RM20 for non-Malaysian. Sebenarnya tiket nya agak mahal untuk tempat sebegini dan tak puas pun sebab sekejap sangat lagipun ramai orang, barang pun tak banyak dalam tempat ini. kecil je kawasan nya. Untuk suka-suka boleh lah, tapi rasa macam tak berbaloi dengan bayaran RM15 ini.

Boleh lah untuk enjoy with friends
Petang tuh pula, kitaorang ke Melaka Premium Outlet (MPO) window shopping dan tengok orang shopping je. Just nak tengok MPO baru bukak kan. Selalu pergi JPO shopping tak ingat dunia,, kena orang tahan baru boleh kawal kot.. hahaha. After that kitaorang pergi makan area situh then terus gerak balik KL. Sebab memasing esok kerja woiii., haha .

Jadi itu saja lah story dan gambar lama yang tersimpan lama dalam gallery. haha xoxo bye muah muah angkat kaki. :*

-END-

Lots of  Love 

0 391 Dreaming:

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥