♦ AmoyLalato ♦

Wednesday, April 12, 2017

BRAZILIA BFF TRIP | PERHENTIAN ISLAND, LANG TENGAH & REDANG ISLAND | PART 2

Assalamualaikum !! 
Hello Dreamer ^^


1/5/2016

Hari kedua ni Amoy akan ke Lang Tengah & Pulau Redang, jarak dari Pulau Perhentian ke Pulau Redang ni agak jauh juga sampai kawan Amoy dah sakit kepala duduk lama sangat atas boat kan. Tempat first yang kitaorang akan pergi dulu is Pulau Redang, snorkeling dekat situ & lunch sekali dekat Redang Pelangi Resort

Masa sampai dekat Pulau Redang tu, budak lelaki semua mandi dekat area situ & yang perempuan pula pergi dekat pantai sebelah lagi satu untuk bergambar lah apa lagi kan. Lepas tu berpecah pula si Miera dengan Shida sebab diaorang bergambar lagi dekat sana & Amoy dengan Fana nak bergambar dekat tempat lain lepas tu baru kitaorang join budak lelaki syiokk mandi. Before tu Amoy & Fana sempat pinjam pelampung itik besar budak chinese bawa dekat situ so kitaorang pinjam lah untuk bergambar.hihi.


Lepas dah puas bergambar & snorkeling area situ, memasing kelaparan so kitaorang makan dulu before ke tempat lain iaitu Marine Park aka Taman Laut Pulau Redang. Marine park ni untuk melindungi & memulihara pelbagai habitat hidupan marine akuatik. Marine Park ni dikenakan bayaran sebanyak RM5. Kalau nak bersantai tepi pantai time panas terik tu boleh je sambil tu tengok gelagat manusia kan. Dekat situ disediakan tempat untuk bersantai tu.hihi. Air dekat sini sangat jernih sampai boleh tengok kecantikan hidupan laut yang terjaga ni. Dekat sini ada sejenis ikan Moray Ell (kalau tak silap lah) yang besar tu, Amoy nak cuba lah bagi makan tapi jauh ke dalam, nak turun ke bawah pun takut nafas tak cukup.haha. Ada sorang abang tu dia suruh juga Amoy pergi & dah try tapi Ikan tu tak naik-naik pula atas. Amoy pun mengalah je lah. hihi

Lepas dah puas snorkeling dekat sini kitaorang ke Lang Tengah pula. Lupa pula nama tempat dekat Lang Tengah tu maklum lah sebab ni story last year dibawa ke this year,hihi. kitaorang sampai je terus snorkeling. Dekat Lang Tengah ni memang cantik batu karang nya & air laut pun jernih sangat sampai tak perasan Amoy & Miera snorkeling dah jauh dari boat. huhu.


Balik dari snorkeling kitaorang singgah lagi dekat Lata Air Berani untuk mandi air sejuk gilerr tu. Time sampai tu memang ramai sangat orang sampai berebut juga mandi cuma kali ni kitaorang dapat mandi banyak kali lah.hihi. Cuaca panas kena dengan air sejuk macam tu memang heaven sangat lah jadinya kan. Si Shida lah tukang ambil air main rebut semua nasib baik kali ni abang boat tu ada bagi pencedok air tu kan so tak ada lah berebut.hihi.


Bila dah sampai chalet, Amoy & Fana just lepak dalam bilik je, Miera & Shida lepak dengan Peli si abang pulau tu.haha. Last day ni makan bbq sahaja. Lepas dah makan kekenyangan semua kitaorang lepak tepi pantai je sambil layan lagu layan jiwa juga lah kan. Best giler dengan tenang nya angin bunyi ombak.. Ya Allah best nya rindu sangat suasana macam tu bila lagi nak datang pun Amoy tak tahu kan, sangat best. Baring dekat pondok tepi pantai tu sambil nyanyi & sampai nak tertidur pun ada tau tau tau.

Cepat sangat masa berlalu macam tak cukup 3 hari 2 malam ni, keesokkannya nak balik KL dah tak dapat dengar bunyi ombak & angin malam yang memang syiokk habis. Dekat Pulau Besar ni tak semeriah Pulau Kecil tapi dekat sini sangat mendamaikan jiwa & raga. hihihihi.

Keesokkannya bila dah naik boat ke Jeti, kitaorang semua pergi tempat jual keropok lekor asli Terengganu sambil membeli sambil tu juga merasa & tengok cara makcik tu buat keropok lekor. Sempat juga membeli souvenir sikit untuk family members.

Jom tengok gambar untuk entry kali ni...















Kos untuk trip 3 Pulau ini ..

Pakej 3 Pulau (all in) : RM 430 (include ke Perhentian Kecil)
Bas (Return) : RM 88

Total : RM 518

Lots of Love 

Saturday, April 8, 2017

BRAZILIA BFF TRIP | PERHENTIAN ISLAND, LANG TENGAH & REDANG ISLAND

Assalamualaikum !! 
Hello Dreamer ^^


29/04/2016 - 30/04/2016

Baru beberapa hari balik dari Lombok, Indonesia.. Amoy pergi pulau lagi tapi kali ni dalam Malaysia je lah short trip katanya. Amoy pergi dengan geng Brazilia Bff selama 3 Hari 2 Malam je. Hari Jumaat 29/04/2016 dalam jam 10 pm kitaorang naik bas double decker dekat TBS Terminal so akan sampai ke Kuala Besut awal pagi Sabtu tu dalam jam 8 am kalau tak silap Amoy.

Masa sampai ke Kuala Besut kitaorang kena tunggu uncle yang incharge tu dekat depan Lucky Restaurant. Sambil tunggu turn kitaorang nak naik boat, kitaorang pergi breakfast dulu dekat kedai melayu area situ. Pakej pulau ni kawan Amoy si Miera yang deal sebab dia pernah pergi dulu sini, so dia ambil pakej yang sama lah 3 tempat snorkeling iaitu di Pulau Perhentian, Pulau Redang & Lang Tengah. Bila dah naik boat & sampai dekat chalet yang kitaorang stay tu, kitaorang kena tunggu sampai jam 11-12 pm macam tuh sebab bilik tak available lagi. Jadi kitaorang lepak je lah dekat area situ sampai boleh check in bilik. Bila dah boleh check in, kitaorang bersiap untuk lunch & snorkeling area Pulau Perhentian.


First day Amoy snorkeling area Teluk Pauh, Shark Point & Tanjung Besi (kalau tak silap), Esok nya baru aktiviti ke Lang Tengah & Pulau Redang. Selepas tu masa nak balik tu singgah lah dekat Lata Air Berani sebab penduduk situ kata kalau mandi air berani ni sambil berhajat.. In Sha Allah hajatnya dimakbulkan waallahualam, ni pun orang yang kata semua tu kita serahkan pada Allah s.w.t je kan. Hari pun panas sangat bila dapat mandi air berani ni terus segar kepala otak, sejuk giler weyh nak ambil air pun pakai bekas yang ada dekat sana tu pun kecil & berebut tak puas nak mandi.haha. Nak ke windmill pun tak sempat & kena naik boat lagi kesana, tak apa next time In Sha Allah datang sini lagi.


Balik kitaorang mandi depan pantai je lepas tu bergambar (perkara wajib), after that mandi bersiap & dinner. Lepas dinner kitaorang lepak depan pantai layan lagu sambil tu layan jiwa juga, Lewat malam kitaorang akan ke Pulau Kecil disebabkan kitaorang stay dekat Pulau Besar jadi malam tu kitaorang lepak dekat Pulau Kecil lah naik boat malam-malam tak nampak apa pun.hihi. Lepak sana tengok pertunjukan api.. meriah dekat Pulau Kecil & kitaorang celebrate birthday Tachi sekali kat situ.huhu. kalau dekat Pulau Besar ni more to tenangkan fikiran & jiwa (best layan jiwa sambil kena angin sepui sepui). Amoy semua pun boleh layan tak kisah mana-mana tapi Amoy lebih suka ketenangan dengar ombak memalam wahhh buat aku rindu pulak ni aduhaii..haha.

Kitaorang balik dari Pulau Kecil dalam jam 4-5 am macam tu sebab tunggu abang boat tu tak sampai-sampai tu yang lewat tu. haha. Atas boat muka semua dah penat dengan mengantuk lagi sampai Amoy nak tergolek ke belakang sebab mengantuk nasib baik tumpang bahu si Rashidah time tu. Sampai bilik tukar baju, cuci muka terus tidur tak ingat apa dah tapi sempat lah gelak gurau before tidur dengan lenanya tu. Lagi-lagi tidur sebelah Miera memang jadi mangsa bantal peluk lah Amoy. haha XD

Okay Jom tengok gambar untuk hari pertama ni ..






- BE CONTINUE PART 2 -
Lots of Love