♦ AmoyLalato ♦

Friday, October 30, 2015

OCTOBER POP BOX

Hi korang! kali ni Amoy nak review tentang The Pop Box bulan Oktober yang Amoy baru saja dapat. Ini first time Amoy join Pop Box My ni.. maybe Amoy akan purchase every months untuk beauty box ini.



Ini beauty box yang memang khas untuk beauty people di Malaysia. Berharga RM120 sahaja setiap purchases dan dalam ni pelbagai produk makeup yang ada dan dengan harga RM120.. Amoy dapat barang-barang yang ada dibawah ini. Sangat berbaloi dengan bayaran rendah tapi Amoy dapat banyak produk dan menariknya produk ni semua full size kecuali satu barang sample.

Produk dibawah ini kebanyakkannya adalah dari American drugstore brand dan jugak ada beberapa brand yang Amoy pernah guna.


Sebanyak 15 barang yang amoy dapat dan ianya sangat berbaloi untuk dibeli. Dibawah Amoy akan tunjuk satu per satu produk yang ada didalam Pop Box My ini.




1st gambar adalah dari brand Kleancolor baked blush in "Spring Blossom". Blusher ini adalah full size item, memang besar dan menariknya Amoy tak pernah ada colors blusher macam ini. Warna nya lebih kurang macam pink purple dan ada shimmering.. itu dari pandangan Amoy lah.. blusher ini ada SPF 15. Blusher ini jugak boleh digunakan sebagai highlight.

2nd gambar adalah dari brand Kleancolor.. Tanned Rawr Matte bronzer. Amoy sememangnya memang suka bronzer, dan kebanyakkan koleksi Amoy lebih banyak bronzer dari blusher. Bronzer yang ada didalam beauty box ni sangat cantik.. Amoy calit sedikit pun dah terang macam tuh.



Gambar di atas adalah eyeshadow dari brand L.A. Colors dan bestnya Amoy dapat dua eyeshadow yang sangat pigmented ini. Setiap pallete ada lima warna yang sangat cantik. 1st pallete adalah eyeshadow in "Tea Time" dan 2nd pallete adalah "Wine & Roses" . Agak sesuai untuk makeup day to night.



Yang paling menarik dalam beauty box ini adalah Amoy dapat tiga lipstik berlainan brand iaitu dari Elf , L.A. Colors dan Kleancolor. Amoy sememangnya lipstick lover.. Ketiga-tiga lipstik ini adalah matte dan from left is Kleancolor in "Rosewood" , Elf in " Seductive" dan L.A. Colors in " Matte Berry Ice" . Warna yang sangat cantik, Amoy memang suka dark shade macam ni.. tapi satu saja kekurangan nya adalah bau lipstik yang kurang menyenangkan. Amoy memang tak suka bau lipstik yang terlampau kuat, walaupun bila pakai dekat bibir bau tuh tak syok lah. haha :D



Ketiga-tiga produk di atas ini adalah dari satu brand iaitu Elf. Produk elf ini memang Amoy dah tahu dan ini produk dari drugstore dan ramai jugak beauty Guru di youtube menggunakan brand ini. Harga yang berpatutan dan setanding dengan kualitinya. So, 1st produk diatas adalah Mascara dan Liquid Eyeliner dan 2nd produk is Shimmering Facial whip.


Walaupun Amoy bukanlah pengemar eyelashes tetapi agak bagus jugak untuk Amoy cuba nanti kan. dua brand eyelashes ini adalah dari Kara eyelashes in #15 dan Kleancolor in #505.


Last full items product is My Beauty Diary Caviar Mask. Amoy belum pernah try lagi produk ini, nanti Amoy try Amoy akan buat review.. InsyaAllah.


Last items is Nature Republic cleansing.. Ini adalah sample items di dalam beauty box ini. Amoy baca banyak review tentang cleansing ini. Nanti Amoy akan cuba. :D

Sekian.. itu sahaja produk yang Amoy dapat dalam Pop Box My.Boleh berjimat dengan pembelian beauty box macam ni dan rasa happy sebab dapat produk best macam ni. Thank you so much sudi baca review yang tak seberapa ini.

Lots of Love 

Thursday, October 29, 2015

BERDUA LEBIH BAIK


Ahad lepas Si Dayah aka my Datin ni datang Puchong semata-mata nak jumpa dan karaoke dekat Setia Walk. Lagipun first time nak karaoke area Setia Walk ni sebab ni tempat baru..hehe Ini pun plan last minit kitaorang malam sabtu tu (sebenarnya Dayah yang paksa jumpa hehehe) disebabkan kitaorang memang agak lama tak karaoke dan lepak berdua macam ni. So Amoy pun setuju keluar hari ahad tu, nak diikutkan memang malas sebab hari tu nak rest duduk di rumah je. haha. 

Tengahari ahad tu Dayah pun datang dari Ampang ke Puchong.. rumah Amoy berhampiran je dengan Setia Walk ni. Kitaorang datang dah lewat so terpaksa lah tunggu bilik karaoke available jam 2.30pm, so kitaorang just booked dulu then sementara banyak masa lagi decide pergi lunch dekat restoran Padi.. lagipun kitaorang belum makan lagi.hehe XD


Seperti biasa.. kitaorang akan karaoke lagu yang biasa dinyanyikan dan menariknya kali ni kitaorang nyanyi semua lagu dari Gegar Vaganza dan kitaorang record video kitaorang nyanyi sendiri. haha perangai sangat kan. Amoy lagu yang tak tahu tu main hentam saja nyanyi. Bila dengar dan tengok semula video tu seakan kitaorang dekat live band je.. haha Dan lagi menariknya bilik karaoke kitaorang ada map dunia.. macam tahu je kitaorang ni nak planning next vacation pula.haha adui. Bak kata Dayah sel-sel otak semakin berkembang..haha XD

After that, kitaorang apa lagi bergambar puas-puas sebelum nak balik dan sambil tu kitaorang discuz vacation untuk nextyear. Semangat sangat kitaorang ni kan...harap menjadi lah planning kitaorang ni.



 Lots of Love 

Saturday, October 17, 2015

BESTFRIENDS WEDDING - Last Part

Bersambungnya lagi di sini..memang agak panjang betul kisahnya kan padahal kawan yang kahwin.. kalau Amoy kahwin entah berapa part tah.. haha XD. So, berbalik pada citer kitaorang tidur di sebuah apartment Park Avenue area Taman Medan.. Amoy dan kawan yang lain hanya stay semalam saja memandangkan wedding Fera pun hari ahad.. jadi semalam saja lah. Malam tu macam biasa lah kalau jumpa geng memang susah lah nak tidur awalnya..berborak sambil makan pizza memang tak ingat apa lah kan. Tapi.. Amoy masuk tidur awal sikit lah sebab memang tak terlalu sihat dua hari tu.
Keesokkannya pula, bangun awal sebab nak tengok pengantin bersiap sambil tu jugaklah bersarapan nasi lemak yang dibeli oleh Ejam suami kepada Amira ni.haha Dalam masa yang singkat untuk bersiap ada masalah sedikit dengan baju pengantin lelaki.. Alhamdulillah nasib baik semuanya dipermudahkan atas pertolongan kawan-kawan yang ada. After that, kitaorang pun mestilah kena bersiap kang ketinggalan pulak. haha .. 
Macam biasa aku bawak beg yang dipenuhi dengan makeup.. memasing duk meminjamlah kan. Aku pun kena makeup si Aina ni..bridesmaid pun nak melawa jugak. haha, Lepas dah bersiap kitaorang pun bergerak ke Masjid yang sama Fera nikah disebabnya Fera buat majlis persandingan di parking besar depan masjid tu. memang luas lah kan. Fera bergabung dengan kak Eyna (Fera sister) sekali untuk bersanding.. senang dan jimat masa dan wang kan. Kitaorang sepertimana yang sudah di planning oleh pengantin, bridesmaid semua follow dari belakang. Pihak kak.Eyna ada bestmen so, mereka follow belakang kak.Eyna & husband lah. 
Okay.. Jom layan gambar dulu. XD
-
Cantikkan pengantinnya..
The Bridesmaid (from left is Shira, Shida, Aina, Me & Amira)
With pengantin Fera & Kak.Eyna
Chedaburians & Shida
Sesi outdoor di Taman Saujana Hijau, Putrajaya with Bridesmaid & Bestmen
Haloooo...muka memasing ..haha XD
Lepas sesi outdoor memasing keletihan dan balik ke apartment.. nak mandi pool pulak then baru balik ke rumah masing-masing.. Penat, keletihan semua ada tapi sangat best bila lepak dengan kawan-kawan dan tengok hari bahagia bestfriend sendiri. Alhamdulillah syukur, kalau kita menghargai seseorang.. InsyaAllah pasti mereka akan menghargai diri kita. Apa pun Amoy tumpang gembira pada Fera & Azrul serta Izyan & Enor. Selamat Pengantin baru. Amoy ambil berkat korang ye. hahahaha XD 
Jumpa lagi nanti on November .. Majlis belah Azrul pulak.. wehuuu :D
 Lots of Love 

Friday, October 16, 2015

BESTFRIENDS WEDDING - Part III

Hai Assalamualaikum !!
Hari Sabtu jam 8 pagi Amoy, Piqah dan Atyn dah pun terpacak dekat masjid atas bukit Pusat Bandar Puchong ni. Dah lah balik dari rumah Izyan jam 3 pagi , then nak bangun awal pagi pulak tu. Semata-mata untuk kawan sekolah yang nak bernikah ni. Izyan bernikah pagi sebabnya majlis persandingan di buat pada hari yang sama, disitu dah jimat masa kan. 
Dengan sekali lafaz Izyan dan Enor telah pun menjadi pasangan suami isteri yang sah. Sedih juga saat nak bernikah tu.. sebabnya juru nikah tu buat drama sedih dipagi hari pulak. haha . Semoga berbahagia hingga ke jannah Izyan dan Enor. Happy for you dear. tengahari nanti majlis bersanding pula, kami bertiga ni kena iring sekali, follow belakang pengantin. hehe :D

Dipagi hari yang berjerebu ketika ini.. hehe :D
Ada pic time nikah je, pic sanding tak berapa nak elok sangat, tunggu dari album pengantin je la. haha :D
Malam pula, Amoy pergi ke apartment yang geng Chedaburians sewa untuk persiapan pengantin dan bridesmaid esok hari. Biasalah bila dah jumpa geng of cause lah tidur lambat kan. Esok memasing mata sembab je. Dah lah tak cukup tidur ada saja event selama tiga hari ni. haha

-
-
-
-
continue di part IV 

BESTFRIENDS WEDDING - Part II

Hi uolls !! Ini sambungan dari Part I , Setelah persiapan semuanya dah siap. Hari bahagia yang dinantikan telah pun tiba..my bestfriend Fera akan diijabkabulkan pada hari Jumaat 2hb Oktober 2015 bersama pasangan tercinta iaitu Azrul. Pagi tu Fera macam biasa akan whatsapp dekat group tentang persediaan dan segalanya yang dia tunggu kan. 
Tengahari Jumaat tu, Amoy pun keluar untuk pickup my bestie si Mira di office dia dekat area Taman Medan. Fera pulak akan bernikah jam 3 petang, so.. Amoy dan Mira pun singgah lah dekat apartment yang akan kitaorang stay pada hari esok, sebabnya Mira nak bersiap dekat sana dan lagipun kunci pun dah dapat dari owner tu kan. After that dalam jam 2.30 kitaorang gerak ke Masjid tempat Fera bernikah.. dekat je dari apartment ke sana..
Alhamdulillah dengan sekali lafaz Fera dan Azrul sudah sah menjadi suami isteri. Tumpang gembira pada mereka..so sweet couple. Sama cantik sama padan, Semoga berbahagia hingga ke Jannah.. Happy for you bestie. 

Bila si kaki selfie berwefie.. with my bestie Amira
Then malam nya pulak, Amoy pergi rumah Izyan sebab nak tolong apa yang patut before pernikahan dan majlis dia esok. So, Amoy dan Piqah serta Atyn pergi kerumah dia dari jam 9mlm sampai lah jam 3 pagi. Nampak tak kitaorang yang beriya-iya balik lambat untuk pastikan semuanya lengkap.haha XD Kita mestilah tolong kawan kita dan menghargai persahabatan yang telah lama terjalin kan. hehe :D
Geng sepet berwefie
Muka mengantuk tapi still nak bergambar
-
-
-
-
 continue di Part III 
Lots of Love 

Friday, October 2, 2015

BESTFRIENDS WEDDING - BRIDESMAID DRESS

Hi Blogger! Entry kali ini Amoy nak cerita pasal bestfriend Amoy yang akan bernikah pada Jumaat 2hb Oktober 2015. Amoy dan kawan yang lain semua berdupdap dup dap padahal orang lain yang nak kahwin kitaorang yang excited. Mana tak excited kan, bestfriend yang kecik molek nak berkahwin.
Amoy serta lima orang kawan yang lain akan  menjadi Bridesmaid untuk bestfriends kitaorang nanti. So, Amoy ditugaskan untuk handle bab baju yang digunakan pada hari persandingan nanti. Kawan Amoy iaitu Shida pula ditugaskan membeli kain batik songket dari Sarawak. Itu pun dia alang-alang pergi Sarawak last month. Lagipun kain batik songket Sarawak memang cantik. Aina pula ditugaskan cari shawl untuk kawan -kawan yang berhijab. 
Nasib baik sempat cari tailor nak jahit kain batik songket ni. Kalau tak tahu nak pakai kain apa nanti sebab nak semuanya sedondon, berboria lah kita nanti. Baju sanding ferra nanti warna emerald green, so kami semua sepakat nak guna warna olive green untuk bridesmaid nanti. Semua ni pun dua bulan baru decide ada bridesmaid sebab pada mulanya tak jadi diatas hal tertentu. So ini saja lah yang kami dapat cari untuk last minit preparation.



Alhamdulillah, semua dah settle tunggu hari bernikah dan bersanding saja. Ferra pula dia tak lena tidur asyik memikirkan hal-hal kahwin ni, Mana tak risau kan hari bahagia kita pula tuh. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala hal yang akan datang. Semoga berbahagia disamping keluarga baru dan kehidupan baru selepas bergelar isteri nanti. Kami semua sayang kau Haffera, mesti cantik molek kau nanti.. seri pengantin lah kata kan.
This weeks cousin Amoy dan bestfriend Amoy iaitu Izyan pun akan berkahwin nasib baik date tak sama dengan Ferra. So dapatlah hadirkan diri ke wedding Izyan sebab Amoy pun dah ditugaskan untuk tolong dia bersiap nanti dan  juga decoration bilik dia. Sabtu pagi nikah dan tengahari bersanding, jimat masa kan. Cousin Amoy pula nasib baik buat hari jumaat malam..nasib baik. XD
Amoy tengah demam, sakit kepala dan muntah-muntah hari ni, harap esok tak demam teruk lah sebab event full, lagipun bestfriends nak berkahwin kan.

Lots of Love