♦ AmoyLalato ♦

Monday, September 21, 2015

KENA TAHAN WAD?

Hai korang! Sabtu hari itu Amoy pergi Veterinar yang biasa Amoy pergi di area rumah ni disebabkan my cat (UTEH) sakit. Amoy mula risau sebab Uteh suka bersendirian sepanjang dua hari dan paling membuatkan Amoy risau adalah uteh tak nak makan dan mata mula berair serta kemerahan.
Amoy bagi Uteh multi-vitamin dan letak ubat mata serta paksa makan minum, takutlah kalau energy Uteh tak ada dan boleh menyebabkan sakit makin parah. So, selepas dua hari Amoy perhatikan kesihatan Uteh ni.. Amoy decide untuk bawa ke veterinar sebab Uteh makin lemah. Amoy terlalu risau sampai tak boleh tidur.
Tengahari tu, Amoy bawa Uteh ke veterinar, bila sampai ke veterinar dah ramai dengan owner pets masing-masing sebab hari Sabtu kan..confirm lah ramai orang. So, pergi ke kaunter check in nama Uteh dan menunggu doktor panggil nama. Sambil tu, tengok lah kucing dan anjing kat sana. Mak aii, besarnya anjing nya sama besar dengan tuannya. Kucing pun comel-comel..geram je aku.. haha xD

Tengah menunggu Doktor panggil XD
Bila Doktor pun panggil nama Uteh..Amoy pun masuk ke bilik tu. Bawa keluar Uteh untuk di check oleh Doktor. Bila Doktor tengok condition Uteh pun, dia dah dapat tahu Uteh sakit apa tanpa perlu buat test yang berharga Rm50 tuh (test kit untuk tahu positif or negatif penyakit Uteh). Doktor ambil sample tahi dan check suhu badan Uteh, yang pasti demam Uteh agak tinggi dan berat badan Uteh agak susut bila doktor tu timbang.Amoy beritahu Doktor mulut Uteh busuk dua tiga hari ni mungkin ada Virus or ulser.
Lepas beberapa lama dalam bilik untuk check up Uteh. Doktor pun confirmkan yang Uteh dah terkena Virus jahat iaitu Virus Parvo dengan nama saintifik iaitu Feline Panleukopenia Virus (FPV) atau Feline Infectous Enteritis/FIE (radang usus menular). Amoy memang dapat agak dengan bau mulut si Uteh ni mungkin terkena Virus tapi Amoy nak puaskan hati juga untuk ke veterinar kan. Walaupun dah pernah Vaksin tapi sayangnya Uteh belum vaksin penuh lagi. Bertambah sedih bila Doktor kata nak tahan wad untuk tengok condition Uteh selama 5 hari ni dan nak tahu harga berapa untuk kos rawatan kalau kena tahan wad? hurm.. RM600+ untuk 5 hari. Ya Allah, makin sedih Amoy dengar kos rawatan masuk air untuk si Uteh ni. Kemungkinan virus ini datang mungkin dari kucing lain yang selalu datang makan dekat rumah Amoy. Wallahualam. So, Doktor suruh Amoy jangan bagi kucing lain masuk tapi Amoy kesian lah pulak kucing luar yang nak mintak makan tu. hurm.
Doktor pun beri pilihan untuk bawa ke rumah dan jaga sendiri, tapi.. Amoy kena pantau 24hour sebab kena bagi ubat antibiotik, immune booster, multi vitamin dan ubat selera makan selama 7hari serta suapkan makan minum guna picagari. So, Amoy pun decide untuk bawa kerumah kerana kos nya agak tinggi untuk seekor kucing dan belum tentu sembuh sepenuhnya sebab Doktor kata Virus parvo ni tiada ubat just kita boleh atasi dengan memcegah saja. Amoy tanyalah kat Doktor macam mana dengan kucing Amoy yang lain, sebab duduk satu tempat.. Amoy dah risau sangat sebab kucing Amoy dah lah banyak. Doktor kata kalau kucing yang lain tak ada simpton teruk macam Uteh.. cepat asingkan supaya tak melarat sampai kucing lain terkena Virus jahat ni. Doktor cakap juga maybe kucing Amoy yang lain antibodi kuat untuk bertahan. Amoy berharap tak ada apa yang teruk bakal berlaku lah. Amoy sayang sangat kucing-kucing Amoy, mereka lah segalanya untuk Amoy.
Kesiannya Uteh sayang achu ni . :,(
Kos checkup Uteh semalam sebanyak RM130 sahaja termasuk ubat-ubatan. Amoy balik rumah saja terus cuci bekas makanan, minuman kucing dan sangkar kucing serta alatan mainan kucing Amoy di rumah menggunakan Clorox dan air panas. Mop lantai seluruh rumah supaya Virus jahat ni mati. Doktor pun dah pesan supaya cuci semua alatan kucing dengan Clorox sebab hanya Clorox mampu mematikan virus tu dipersekitaran dan udara.,before this pun memang Amoy campurkan sabun pencuci dengan clorox tapi dah ditakdirkan virus tu nak muncul jugak kan.
Alhamdulillah Uteh ni senang bila suap makan ubat.. tak ada lah dibuangnya ubat tu kan. Sambil beri ubat sambil tu aku cakap dengan Uteh supaya cepat sihat, lawan sakit tu sebab kucing faham apa yang kita cakapkan. Amoy beri makanan lembik yang dah di blend gunakan picagari tu dengan air glucose untuk bagi lebih tenaga.

Uteh semasa masih sihat
Amoy berharap sangat Uteh boleh survive dan sihat seperti sedia kala. kalau sihat boleh lah vaksin penuh nanti. 
Lots of Love 

B.LIV ABSOLUTE MATTE MASK - REVIEW

Hi korang! This is my first time doing beauty product review. This time I've tried out the latest Absolute Matte Mask from B.Liv. 
Lately ni muka Amoy berjerawat, berminyak dan kusam yang amat teruk. Musim berjerawat datang lagi.. Lagi pulak my skin is combination skin type. Korang ada masalah yang sama seperti dibawah tak?

Oily skin? Oily T-Zone? Pimples outbreak?
Kalau sama, cuba lah korang test out the Absolute Matte Mask ni. Memang sesuai untuk muka yang bermasalah macam Amoy tapi tak ada lah terus pakai esok dah hilang semua masalah tu. Atleast ada perubahan sedikit daripada tidak memakai langsung kan. XD


Clarifying Mask with Active Charcoal Mask Sheet (Refreshing Type)

For oiliness main benefits: Oil Control + Clarifying + Hydrating

This innovative skin-saver is all you need to lift away impurities and excess sebum, leaving the skin clear, balanced and fabulously glowing.
Key active ingredients used:
Retinyl Palmitate - Regulates sebum secretion and stimulate skin regeneration.
Zinc Sulfate - Combat excess sebum, control surface shine while clarifying the complexion.
Willow Bark Extract - Used as exfoliants to lift away impurities, with blemish control properties.
Usage:
Leave the mask for 15 minute. Gently massage the remaining essence for 30 seconds, leave it for another 30 seconds for complete absorption.
Most importantly is No Animal testing okay.
Sorry, Amoy lupa nak snap picture bahagian belakang mask dan mask charcoal tu. So, Diatas adalah apa yang tertera pada pek Absolute Matte Mask
Bila letak mask dekat muka Amoy, wahhh terasa sejuk dan menyegarkan. Sampai nak tertidur pakai mask ni.. lagi pulak sambil dengar lagu kan..hehe! jadi relaks lah. Lepas pakai ambil mask tu gosok dekat muka bagi lagi segar dan lebih meresap ke dalam kulit kita. Selepas menggunakan mask ni, Kulit Amoy terasa bersih dan lembut bila disentuh. Refresh sangat dan muka nampak tak kusam selepas memakai mask ni.  
I will recommend this mask for those who have oily skin or combination skin type like mine. Agak berkesan juga dengan Amoy selepas menggunakan. So must try it out.!!
Thank you sudi baca review yang tak seberapa ni. :D
"Don't get mad, get matte with absolute matte!"


Lots of Love 

Sunday, September 13, 2015

KANG GARY IN MALAYSIA

Hai Assalamualaikum !!


Last week on Saturday 5th September, Aku pergi Matta Fair dengan ex-collegemates aku iaitu Dayah dan Della. Bertemankan anak saudara aku si Akmal dan kawan dia iaitu Angah. Aku tahu macam dah basi story ini sebab dah seminggu kan, tapi aku nak story jugak. haha :D

Sebab utama aku nak sangat pergi Matta Fair kali ni, semuanya pasal aku dan Dayah nak survey pakej murah ke Lombok untuk next year tapi bila sampai sana.. nan ado lah, sebab pakej semuanya mahal lebih baik kitaorang buat itinerary sendiri. Kitaorang dah lah plan banyak tempat bila ke Lombok nanti tapi tak ada pulak. So, kitaorang just survey pakej-pakej yang murah kat sana.. mana tahu tetiba last minit nak travel tempat lain pulak. XD

Dan sebab keduanya pulak adalah Kang Gary. Last year time Runningman Fans Meeting in Malaysia, Kang Gary tak ada. So disebabkan itu lah nak tengok kali ni. Dia diundang ke Matta Fair oleh Pertubuhan Pelancongan Korea untuk mempromosikan negara mereka kepada rakyat Malaysia dengan menggunakan populariti idola di Korea. Kalau yang nak bergambar dengan dia dan tengok face to face semestinya lah kena beli pakej pelancongan Korea kat situ. Business maa..macam tu lah kan, Kitaorang ni pulak just boleh tengok dari jauh dan berebut nak berdiri paling depan pagar tu semata-mata nak tangkap gambar dia. fuhh!! sampai sakit kaki menunggu dia muncul tau. 

Kang Gary always dengan muka dia yang tenang tu.. stress betul. haha
Tengok performances mereka before menunggu Kang Gary Muncul.

After that, aku yang tengah kepenatan dan kelaparan serta kehausan ni singgah lah makan dekat Sunway Putra Mall. Tapi.. time nak balik tu sakit hati jugak lah, beratur bagai nak rak dekat stesen LRT tu lepastu kata stesen Bukit Jalil tutup sebab pokok tumbang. Bengang juga lah pada mulanya sebab dengan kepenatan kan. Nasib baik anak sedara aku dengan kawan dia ada, so jadilah peneman aku yang berseorangan malam tu. so sad. tapi alhamdulillah sampai juga ke rumah sebab akak aku yang ambil. haha



Lots of Love 

Monday, September 7, 2015

Officially Twenty Four !!


September 3rd is my birthday!!! YAY! Today is the most beautiful day to remember for my life. 
I am so happy and feel touched. Terima kasih Ya Allah for allowing me to see another years, Alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini dan memberi kesihatan yang baik setakat ini. Alhamdulillah kini aku telah berumur 24 tahun dan masih single okay hehe, Dengan meningkatnya umur aku ni semoga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, pertemukan jodoh yang baik buat aku dan tercapai segala niat dihati yang selama ini aku inginkan.
InsyaAllah Aaamiin.
Tarikh inilah membuatkan aku semakin rindu dan terkenangkan arwah Mak yang telah melahirkan, menyusukan, membesarkan dengan sepenuh kasih sayang serta mendidikku. Pengorbanannya terlalu besar hingga tak terucap dengan kata-kata. Kesabarannya yang agak tinggi untuk menjaga aku selama ini dan aku rindukan masakkan arwah mak serta wish birthday yang selalu arwah Mak ucapkan.
Buat Ayah tersayang, terima kasih atas kasih sayang selama ini. Terlalu besar pengorbananmu dengan membesarkan aku, mencari rezeki untuk keluarga dan mendidikku. Syukur Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami sekeluarga rezeki yang berkat dan kesihatan yang baik hingga kini. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Ayah serta ahli keluargaku. Terima kasih juga kepada keluargaku yang tersayang kerana wish birthday dan membuatkan hati ini gembira tak terkata. Terima kasih kerana melayan kerenah aku selama ini. So,bertahanlah sampai bila-bila kerana adik bongsu korang ni ternyata memang degil tapi manja okay.
(kiss emoji)
Buat sahabat, kawan-kawan, dan kenalanku, terima kasih di atas wish dan doa korang. Aku appreciated sebab korang tak lupa untuk wish birthday aku every years. To my Chedaburians , highly appreciated cause celebrating my birthday di Paddington House Of Pancakes, The Curve night before my birthday. Many thanks Chedaburians every year memang tak pernah lupa untuk celebrate, semoga persahabatan kita akan kekal utuh selamanya. InsyaAllah. (Smile emoji) 



Lots of Love <3

BLOG BLOG BLOG !! I MISS YOU

It's been a long time I've not written here, my lovely blog. Boleh dikatakan bertahun juga tak updated new story, Rindu nak berblogging. Sampai terus lupa macam mana nak edit setting html coding semua ni.

Berhari-hari juga lah nak mengodeknya. I am sorry wahai blog tersayang sebab baru sekarang ada keinginan yang kuat untuk usha balik blog ni. Actually, banyak cerita menarik yang tak dapat nak kongsikan sebab dah lama sangat tak buka blog ni. InsyaAllah , Amoy akan rajinkan diri untuk update new story ye. :*

Lots of Love <3