♦ AmoyLalato ♦

Saturday, February 4, 2017

LET'S TRAVEL TO LOMBOK | DAY 2 - PINK BEACH & SENGGIGI

Assalamualaikum !!
Hello Dreamer ^^

Continue from DAY 1


Sudah berbulan berlalu Lombok trip ni baru lah tergedek-gedek nak updated bagai. Bila tengok balik gambar aduhhh rindu tak terkata sebab view Lombok memang superb cantik. XD, sambunglah entry untuk 2nd day ni.

23/04/2016 (2nd Day)

Aktiviti untuk 2nd day adalah Bersnokeling dan bergambar dan bergambar lagi.haha. Pada pagi hari tu dalam jam 7.30 pagi kitaorang bersiap dan breakfast dulu sebelum Supir datang. Supir akan datang jam 8.30-9.00 pagi, So mas Adi tak boleh pick up kita orang digantikan dengan Mas Supa yg pickup pada pagi tu. It's okay sebab mas Supa ni lawak juga orang nya.

Bila Mas Supa dah datang terus lah bergerak ke destinasi pertama iaitu ke Pink Beach. Jarak perjalanan dari hotel di Mataram ke Jeti Tanjung Luar lebih kurang dalam 2 hours something. Sempat bergambar (perkara wajib) , tengok penduduk tengah sibuk buat kerja memasing, dan sempat jugak tidur sebab memasing mengantuk kan.


Transport yang membawa kitaorang ke setiap tempat pada 2nd day ni. ^^
Bila sampai ke Jeti Tanjung Luar jumpa lah dengan owner boat iaitu Mas Apri dan dengan happy nya bergerak lah ke Pink Beach. Dalam perjalanan ke Pink Beach akan nampak tempat orang mengambil tiram, memang port kat situ lah kalau nak ambil tiram. Sambil tu bergambar dan menikmati laut biru yang begitu cantik. Perasaan time tu memang rasa macam Ya Allah, tak tahu lah nak ungkapkan macam mana.



Bila dah sampai ke Pink Beach tu, Perasaan tadi pun muncul balik.. Cantik sangat. Pasir di pantai tu berwarna pink kalau terkena matahari tapi tak ada lah nampak betul-betul pink. Kalau nak tengok warna pink cantik kena tengok waktu pagi, kalau tengah hari ke atas dah jadi macam biasa saja lah tak nampak sangat

Bila dah sampai kitaorang pun apa lagi naik bukit nak tengok view semua dan bergambar, bayangkan dekat Pink Beach je dah berpuluh gambar. XD.. Nasib baik ada supir-supir yang boleh tangkapkan gambar kitaorang, okay jugak lah dari tak ada. hehe. Mas Supa memang kena mangsa buli oleh kitaorang sebab asyik kena suruh je. sekali sekala kan, nasib baik Mas Supa ni okay layankan je.


Bila dah puas bergambar dekat atas tu, Mas Apri panggil turun bawah suruh makan dulu before pergi ke tempat lain. Jadi kitaorang pun turun lah kebawah untuk makan, sambil nak turun tu sempat lagi bergambar beberapa kali..nampak tak yang kitaorang belum puas lagi. hehe XD


Makanan lunch time kitaorang ni memang dah include sekali dengan Supir, dikira FOC lah. Makanan semua sedap, banyak sangat boleh cukup 5-6 orang makan tau. Paling fav is Ketam masak kari seingat Amoy lah.. Ketam is my fav memang suka lah kan.. tapi memang semuanya sedap-sedap. Selain ketam ada menu lain iaitu Sotong goreng tepung, Ikan bakar, sambal manis tomato (sedap) dan minum air kelapa setiap seorang. After makan lepak kejap tepi pantai tengok orang sekeliling, tengok view cantik of coz lah kena bergambar kan. 


So kitaorang bergerak naik boat pergi ke next location iaitu Gili Pasir. Tempat ni dipanggil Gili Pasir disebabkan bila air surut akan jadi sebuah pulau luas, dikira boleh berjalan ditengah laut lah kan. Sampai je Gili Pasir memang best lah sebab time tu kitaorang je ada dekat situ, rasa macam seronok tak ada orang kacau nak bergambar bagai kan. hahaha XD. Tapi masa kitaorang sampai tak berapa surut lagi, kalau waktu petang maybe dah surut nampak lagi cantik dan luas untuk bergambar.

semangat melompat, mentang orang tak ada dekat situ. haha XD
After that kitaorang terus snorkeling ke Gili Petelu, Sepatutnya kena pergi Gili Petelu dulu sebab petang laut dah tak setenang waktu pagi. So daripada cancel pergi jugak lah untuk snokeling. Dekat sini memang port snorkeling, ada jugak port berdekatan iaitu Tanjung Cumi.. area semua dekat-dekat je. Jom lah bersnorkeling dulu dan bergambar .. XD


Dah lewat petang, jom lah kita balik semua. Dalam perjalanan nak balik ke Jeti Tanjung Luar tu dengar lah azan dekat tengah laut tuh. Mungkin sebab tu Lombok dikenali dengan Pulau Seribu Masjid.

Jom lah bergerak ke Senggigi, perjalanan dalam 2jam lebih tuh kitaorang memasing membuta lah dalam kereta. Bila sampai ke Senggigi kitaorang terus check in hotel untuk 2nd nights kitaorang dekat Central Inn, Senggigi. Seingat Amoy tempat ni Amoy booked sebulan sebelum pergi di Agoda.com, ramai orang Malaysia recommend stay sini. That why booked tu. hihi. Bilik kitaorang di tingkat bawah je dekat dengan swimming pool tapi tak sempat mandi pun. 

Lepas dah mandi dan rest sekejap, dalam jam 8.30 malam Mas Adi pickup kitaorang pergi special dinner kononnya dekat Pantai Senggigi. Kitaorang dinner dekat Joje Bungalow Senggigi Restaurant di tepi pantai.. syiokkk angin sepui sepui di malam hari.hihi.

Amoy makan Ayam pelecing Lombok & Diet coke
Sebenarnya Amoy kata special dinner ni sebab nak suprise my bestfriend iaitu Dayah dan Azam. Semalam nya tu birthday Azam so Amoy buat lah sekali dengan Dayah walaupun birthday dia dah lepas memang simpan rahsia sendiri nak celebrate sekali dekat Lombok. Amoy planning dengan Mas Adi, suruh dia beli cake dan buat drama sikit malam tu. Sampai Amoy sendiri pun agak terkejut dan yang kelakar sangat sebab lakonan Mas Adi tak menjadi sangat. Kononnya dia nak balik rumah ada hal dan suruh kitaorang balik hotel sendiri. hahaha muka Azam dan Dayah dah lain dah time tu, sampai diaorang pelik kenapa Amoy biasa je tak macam marah. hahaha adui bila teringat memang kelakar jugak. jadi spoiled sebab mas Adi tertinggal rokok dia dekat meja. Beberapa minit time kitaorang tengah berborak gelak semua, mas Adi muncul sambil bawa kek yang dia dah beli awal. Diaorang ingat celebrate birthday Azam je tapi Dayah macam wahh sambut birthday dia sekali. haha.


After that ada group Malaysia jugak join kitaorang jadi ramai lah time tu dengan ada supir lain iaitu Adin dan Pak Yudi. Berborak dan diaorang buat games tapi sampai sekarang Amoy tak faham cara game tuh that why Amoy tak joined, yang join Azam je. Dia buat-buat faham lah Amoy rasa. haha. Bila dah lewat malam baru kitaorang balik tapi Mas Adi bawa kitaorang pusing-pusing area Senggigi dulu tengok view malam , nak makan Jagung bakar pun tak sempat ada yang tutup tak silap time tu. So balik lah hotel tidur dan kemas barang sebab esok kitaorang akan stay Hotel lain jugak. huhu

Jom tengok gambar yang lain for 2nd days ni. 








Cost for 2nd days :-
  • Lunch (Pink Beach) : FOC
  • Dinner (Ayam pelecing Lombok & Diet Coke) : Rp 60k + Rp 10k = Rp 70k (RM 23.24)
  • Birthday Cake : Rp 175k (RM58.10)
  • Hotel Central Inn Senggigi (1night) : RM 57.73 (RM 115.46/2 per)
TOTAL : RM 139.07*

Lots of Love 

4 391 Dreaming:

munirah mansor said...

Crystal clear water! Cantiknya lombok =)

amoylalato said...

@munirah mansormemang cantik..:)

Fieona FieRidz said...

wahh saya suka bila awak selitkan kiraan bajet di setiap entry lombok ni, bagus untuk mereke yang nak vacation tapi risaukan bajet. bila tengok kiraan bajet awak, serius saya pun rasa tak takud-takud ni nak holiday luar negara. wuwuu bestnyaaa teringinnn. tapi passport da mati, alahaii sedih 😂😂😣😭😭

amoylalato said...

@Fieona FieRidzthank you dear, cepat2 renew passport pergi travel..hihihi :)

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥