♦ AmoyLalato ♦

Wednesday, March 15, 2017

LET'S TRAVEL TO LOMBOK | DAY 4 - GILI T & SCENERY PLACES

Assalamualaikum !!
Hello Dreamer ^^

Continue from DAY 3



25/04/2016 (4th Days)

Hari keempat ni last day kitaorang dekat Lombok, jadinya hari ni banyak tempat yang kitaorang akan pergi. Pagi hari tu bangun awal sebab kitaorang decide nak pergi ke Ombak Sunset before balik nanti. Kitaorang decide ambil basikal tak nak bazir masa sebab Mas Akim pickup kitaorang jam 10 sepatutnya jam.... hah nanti aku cerita kat bawah okay. Entry kali ni panjang dari biasa rasanya.haha


Nak sewa basikal dekat kawan Mas Adi kitaorang tak tahu mana tempatnya jadi kitaorang belasah jela sewa dekat tempat lain. Kayuh lah selaju-lajunya selarat-laratnya walaupun kaki still sakit supaya sempat ke Ombak Sunset, punyalah jauh kan nasib baik rent for 1 hour. Dalam perjalanan nak dekat sampai ke Ombak Sunset ternampaklah tempat baru buka & yang paling penting is cantik lah iaitu Pandawa Beach Villas. So kitaorang decide stop sini je & lupakan Ombak Sunset yang jauh nun disana tu. Time kitaorang tengah syiokk bergambar datanglah seorang Mas ni, katanya buaian ni baru je buat semalam & siap hias tadi. Ohhh patutlah bau cat minyak ke gam kuat sangat. Mas tu pun bilang lagi yang kitaorang orang pertama yang rasmi dulu...huhu dalam hati pun wahhh yang pertama eh tapi tak best lah tak ada tulis Pandawa sekarang dah ada tulis.haha XD. Sekarang ramai lepak Pandawa dah tak kuasa kot pergi Ombak Sunset yang jauh tu.

Lepas dah puas bergambar.. kayuh selajunya balik bilik untuk breakfast & kemas barang apa yang patut. Data phone Amoy hari tu macam dah habis or tak ada macam tu (terlupa pula), Mas Adi call & whatsapp banyak kali tak dapat dia terus call Azam nasib baik ada no tel Azam kalau tak Mas Akim mereput tunggu dekat depan masjid sebab kata meet up jam 9 tapi nak dekat jam 10 baru kitaorang jumpa dia dekat sana. Ya Allah nasib baik Mas Akim okay, dengan muka dia sayu dia tanya kat Azam mana teman kamu (ni Azam cerita kat Amoy lah). So selamat tinggal Gili Trawangan, memang tak puas kena datang lagi & stay sekurangnya 2 malam next time. In sha Allah.


Bila sampai ke Teluk Nare jetty, Pak Yudi pun dah ada tunggu kitaorang. Patutnya Mas Adi yang bawa kitaorang jalan hari ni tapi Mas Adi ada emergency pulak tapi dia bilang malam baru boleh..kitaorang pun okay saja sebab Pak Yudi pun dah kira okay sangat lagi pun dah berapa hari dengan dia kan.hihi. Kitaorang pergi area Senggigi dulu iaitu Malaka, Villa Hantu & Malimbu Hill baru pergi lunch katanya. Dekat area sini lebih kepada tengok view je so singgah & bergambar.

Selepas singgah ke Malaka & Malimbu Hill, kitaorang ke Villa Hantu dulu.. Jangan risau Villa ni tak berhantu pun okay,hihi sebab utama namanya Villa Hantu is projek tapak ni tak dapat kelulusan jadi dibiarkan terbengkalai begitu je. View dari sini memang cantik lah, dari jauh kalau cuaca elok boleh nampak Gunung Agung di Bali nun. (tak sure gunung agung or nama lain)


Lunch makan Ayam taliwang , Kopi Lombok & Alpokat
After lunch kitaorang terus pergi Batu Payung, actually tempat ni Amoy request dekat Mas Adi masa deal dengan dia lagipun tempat ni memang jarang orang datang mungkin sebab kos boat. Amoy nak pergi sebab tak ramai orang singgah lagipun dah dekat dengan Tanjung Aan. Sebenarnya nak ke Batu Payung boleh juga by walking dalam 20-30 minit macam tu ikut kecepatan individu lah..haha. So kitaorang nak naik boat masa deal dengan Mas Adi boat dalam Rp200k je tapi sampai sana jadi mahal dalam Rp250k, Tapi kitaorang tak payah bayar pun sebab kitaorang dah bayar semua dekat Mas Adi bermakna dia lah yang tambah rp50k lagi tu. 


Kitaorang terus ke Tanjung Aan berdekatan je dengan Batu Payung ni. Dekat Tanjung Aan bergambar & tengok view je memang cantik dengan air laut berwarna biru cantik. Ya Allah memang cantik lah laut dekat Batu Payung & Tanjung Aan ni biru sebiru nya sampai terpegun tengok kebesaran Allah ni.


After that kitaorang terus ke Merese Hill best places in Lombok untuk tengok view dengan tenang setenangnya. Tempat ni subnaallah memang cantik sangat sampai kitaorang lepak lama dekat sini tau semata-mata nikmati view cantik dengan angin kuat nya dekat atas bukit ni. Tapi nak ke sini memang kena lalu laluan sempit & jalan agak teruk juga lah. Lepas tu kena naik bukit dalam 10-15 minit macam tu of coz Amoy paling lambat naik atas semput kaw kaw weyh dengan kaki sakit jalan terencut encut time tu haha nasib baik Pak Yudi aka Papa Yudi baik hati belikan plaster untuk Amoy rasa terharu sangat sampai Mas Adi call Pak Yudi tanya Amoy okay ke tak Tapi paling tak boleh blah Pak Yudi cerita dekat Mas Adi yang Amoy terus terbaring bila sampai Merese Hill ni, Mas Adi terus bahan kaw kaw malam tu bila kitaorang lepak for last day. wakakakaka XD


Balik tu kitaorang terus singgah ke Kuta Lombok, dekat sini tak ada apa sangat cuma bergambar dekat sign tu je. Tengok ada orang jual barang murah untuk bagi souvenir dekat family members so Amoy & Azam je yang shopping baju...agak murah lah berbanding tempat yang Pak Yudi bawa awal-awal tadi, beli banyak dapat lagi discount tapi Amoy beli baju I love Lombok tu je tuk family.

Dalam perjalanan nak ke Sasak Village Sade kitaorang singgah Indomarket beli air sebab memasing kehausan sambil tu beli lah aiskrim rainbow time panas makan aiskrim memang nikmat.haha. Dekat Sasak Village ni just tengok kehiudpan & adat-adat orang Sasak, time tu memang rezeki lah dapat tengok adat perkahwinan orang Sasak ni. Lombok popular dengan lelaki menculik perempuan untuk berkahwin.. kiranya kalau culik tu kira lelaki berani lah kononnya tapi culik rela hati tau bukan culik sebarang culik okay. haha. Guide lokal situ kata lantai rumah tu dibuat dengan tahi lembu/kerbau. Sempat juga try sulam tapi Amoy tak boleh kahwin lah sebab failed.. penduduk sini kata kalau pandai bersulam maknanya dah boleh kahwin kira boleh diculik lah kan.hihi bagus kita tahu adat-adat orang kan. hihi.

Balik tu memasing membuta kepenatan & last day ni kitaorang check in dekat Pratama Hotel di Mataram disebabkan last day nak dekat sikit di bandar & ke airport. Amoy booked di Agoda.com, tempat ni selesa juga lah yang penting toilet kan. Malam tu dah planning awal dengan Mas Adi & Pak Yudi nak dinner serta karaoke sekali.. tapi tak sangka pula Mas Adin pun follow sekali memang full kereta terus ramai semua nak follow kan.haha.

KARAOKE WITH GENG GILO
Lepas dinner kitaorang terus ke karaoke dekat Mataram, kiranya Mataram ni bandar lah dekat sini. Memasing hantu karok rupanya lagi-lagi Pak Yudi suara sedap bukan main banyak kali dia nyanyi.. mula-mula kemain pemalu dia.haha Kebanyakkan diaorang nyanyi lagu yang kitaorang tak pernah dengar bila dah dengar wahh best juga kan tapi ada juga lagu yang biasa dengar.hihi. Diaorang ni otak gila-gila juga sibuk cerita pasal Bujang Lapok sampai kitaorang panggil diaorang geng Bujang Lapok Sudin, Ramli & Aziz.haha Amoy panggil group kitaorang ni Geng Gilo sampai sekarang lah sibuk dengan Geng Gilo dia. haha.

okay jom tengok gambar hari terakhir kitaorang dekat Lombok.. penuh dengan gambar sampai tak boleh move on.

MALIMBU HILL (IF TAK SILAP)
PERKAHWINAN DI SASAK VILLAGE SADE
SEMPAT BELI SOUVENIR
LAUT DI BATU PAYUNG
TANJUNG AAN
TANJUNG AAN. AIR LAUT SANGAT CANTIK









 Cost for day 4 :
  • Sewa basikal (Gili T) : Rp 25k (1hour)
  • Lunch (Ayam taliwang, Kopi Lombok, Alpokat) : Rp300k (RM 90) include Pak Yudi  
  • Boat (Batu Payung) : Rp 250k (byr Mas Adi Rp200k)
  • Air Soya & Aiskrim : Rp 6200k + Rp 3500k = Rp 9700k (RM 3.20)
  • Air kelapa (Batu Payung) : Rp 15k (RM 4.90) tak sure price sebenar
  • Dinner : around Rp50k  (not sure)
  • Karaoke : Azam bayarkan (lupa price per person)
  • Pratama Hotel Mataram (1night) : RM 53.80 (RM107.60/2 per)


- BE CONTINUE LAST DAY -
Lots of Love 

1 391 Dreaming:

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥