♦ AmoyLalato ♦

Saturday, October 17, 2015

BESTFRIENDS WEDDING - Last Part

Bersambungnya lagi di sini..memang agak panjang betul kisahnya kan padahal kawan yang kahwin.. kalau Amoy kahwin entah berapa part tah.. haha XD. So, berbalik pada citer kitaorang tidur di sebuah apartment Park Avenue area Taman Medan.. Amoy dan kawan yang lain hanya stay semalam saja memandangkan wedding Fera pun hari ahad.. jadi semalam saja lah. Malam tu macam biasa lah kalau jumpa geng memang susah lah nak tidur awalnya..berborak sambil makan pizza memang tak ingat apa lah kan. Tapi.. Amoy masuk tidur awal sikit lah sebab memang tak terlalu sihat dua hari tu.
Keesokkannya pula, bangun awal sebab nak tengok pengantin bersiap sambil tu jugaklah bersarapan nasi lemak yang dibeli oleh Ejam suami kepada Amira ni.haha Dalam masa yang singkat untuk bersiap ada masalah sedikit dengan baju pengantin lelaki.. Alhamdulillah nasib baik semuanya dipermudahkan atas pertolongan kawan-kawan yang ada. After that, kitaorang pun mestilah kena bersiap kang ketinggalan pulak. haha .. 
Macam biasa aku bawak beg yang dipenuhi dengan makeup.. memasing duk meminjamlah kan. Aku pun kena makeup si Aina ni..bridesmaid pun nak melawa jugak. haha, Lepas dah bersiap kitaorang pun bergerak ke Masjid yang sama Fera nikah disebabnya Fera buat majlis persandingan di parking besar depan masjid tu. memang luas lah kan. Fera bergabung dengan kak Eyna (Fera sister) sekali untuk bersanding.. senang dan jimat masa dan wang kan. Kitaorang sepertimana yang sudah di planning oleh pengantin, bridesmaid semua follow dari belakang. Pihak kak.Eyna ada bestmen so, mereka follow belakang kak.Eyna & husband lah. 
Okay.. Jom layan gambar dulu. XD
-
Cantikkan pengantinnya..
The Bridesmaid (from left is Shira, Shida, Aina, Me & Amira)
With pengantin Fera & Kak.Eyna
Chedaburians & Shida
Sesi outdoor di Taman Saujana Hijau, Putrajaya with Bridesmaid & Bestmen
Haloooo...muka memasing ..haha XD
Lepas sesi outdoor memasing keletihan dan balik ke apartment.. nak mandi pool pulak then baru balik ke rumah masing-masing.. Penat, keletihan semua ada tapi sangat best bila lepak dengan kawan-kawan dan tengok hari bahagia bestfriend sendiri. Alhamdulillah syukur, kalau kita menghargai seseorang.. InsyaAllah pasti mereka akan menghargai diri kita. Apa pun Amoy tumpang gembira pada Fera & Azrul serta Izyan & Enor. Selamat Pengantin baru. Amoy ambil berkat korang ye. hahahaha XD 
Jumpa lagi nanti on November .. Majlis belah Azrul pulak.. wehuuu :D
 Lots of Love 

0 391 Dreaming:

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥