♦ AmoyLalato ♦

Friday, October 30, 2015

OCTOBER POP BOX

Hi korang! kali ni Amoy nak review tentang The Pop Box bulan Oktober yang Amoy baru saja dapat. Ini first time Amoy join Pop Box My ni.. maybe Amoy akan purchase every months untuk beauty box ini.



Ini beauty box yang memang khas untuk beauty people di Malaysia. Berharga RM120 sahaja setiap purchases dan dalam ni pelbagai produk makeup yang ada dan dengan harga RM120.. Amoy dapat barang-barang yang ada dibawah ini. Sangat berbaloi dengan bayaran rendah tapi Amoy dapat banyak produk dan menariknya produk ni semua full size kecuali satu barang sample.

Produk dibawah ini kebanyakkannya adalah dari American drugstore brand dan jugak ada beberapa brand yang Amoy pernah guna.


Sebanyak 15 barang yang amoy dapat dan ianya sangat berbaloi untuk dibeli. Dibawah Amoy akan tunjuk satu per satu produk yang ada didalam Pop Box My ini.




1st gambar adalah dari brand Kleancolor baked blush in "Spring Blossom". Blusher ini adalah full size item, memang besar dan menariknya Amoy tak pernah ada colors blusher macam ini. Warna nya lebih kurang macam pink purple dan ada shimmering.. itu dari pandangan Amoy lah.. blusher ini ada SPF 15. Blusher ini jugak boleh digunakan sebagai highlight.

2nd gambar adalah dari brand Kleancolor.. Tanned Rawr Matte bronzer. Amoy sememangnya memang suka bronzer, dan kebanyakkan koleksi Amoy lebih banyak bronzer dari blusher. Bronzer yang ada didalam beauty box ni sangat cantik.. Amoy calit sedikit pun dah terang macam tuh.



Gambar di atas adalah eyeshadow dari brand L.A. Colors dan bestnya Amoy dapat dua eyeshadow yang sangat pigmented ini. Setiap pallete ada lima warna yang sangat cantik. 1st pallete adalah eyeshadow in "Tea Time" dan 2nd pallete adalah "Wine & Roses" . Agak sesuai untuk makeup day to night.



Yang paling menarik dalam beauty box ini adalah Amoy dapat tiga lipstik berlainan brand iaitu dari Elf , L.A. Colors dan Kleancolor. Amoy sememangnya lipstick lover.. Ketiga-tiga lipstik ini adalah matte dan from left is Kleancolor in "Rosewood" , Elf in " Seductive" dan L.A. Colors in " Matte Berry Ice" . Warna yang sangat cantik, Amoy memang suka dark shade macam ni.. tapi satu saja kekurangan nya adalah bau lipstik yang kurang menyenangkan. Amoy memang tak suka bau lipstik yang terlampau kuat, walaupun bila pakai dekat bibir bau tuh tak syok lah. haha :D



Ketiga-tiga produk di atas ini adalah dari satu brand iaitu Elf. Produk elf ini memang Amoy dah tahu dan ini produk dari drugstore dan ramai jugak beauty Guru di youtube menggunakan brand ini. Harga yang berpatutan dan setanding dengan kualitinya. So, 1st produk diatas adalah Mascara dan Liquid Eyeliner dan 2nd produk is Shimmering Facial whip.


Walaupun Amoy bukanlah pengemar eyelashes tetapi agak bagus jugak untuk Amoy cuba nanti kan. dua brand eyelashes ini adalah dari Kara eyelashes in #15 dan Kleancolor in #505.


Last full items product is My Beauty Diary Caviar Mask. Amoy belum pernah try lagi produk ini, nanti Amoy try Amoy akan buat review.. InsyaAllah.


Last items is Nature Republic cleansing.. Ini adalah sample items di dalam beauty box ini. Amoy baca banyak review tentang cleansing ini. Nanti Amoy akan cuba. :D

Sekian.. itu sahaja produk yang Amoy dapat dalam Pop Box My.Boleh berjimat dengan pembelian beauty box macam ni dan rasa happy sebab dapat produk best macam ni. Thank you so much sudi baca review yang tak seberapa ini.

Lots of Love 

2 391 Dreaming:

YieN said...

Wahhh.. Macam menarik jugaq popbox ni ye

amoylalato said...

@YieN mmg menarik pun yunk.. :D

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥