♦ AmoyLalato ♦

Saturday, July 16, 2016

LET'S TRAVEL TO LOMBOK

Assalamualaikum !!
Hello Dreamer ^^

Amoy nak share mengenai first trip Amoy with friends (Dyabunga & Azamshah) ke Lombok, Indonesia pada 22 April 2016 yang lalu. Asalnya berlima tetapi last minit jadilah bertiga saja yang pergi dan sebab utama pilih Lombok untuk first trip kitaorang ini mesti lah wishlist kitaorang, pantai yang cantik, view bukit bukau yang indah, bajet under RM1000 dan senang cari makanan halal. Nak tahu semua itu meh baca sampai habis. :)


Flight kitaorang jam 3.15 petang tapi jam 10 pagi dah gerak pickup Dayah dan terus gerak ke KLIA 2. Kos untuk ke KLIA 2 dah jimat sebab kakak Amoy yang baik hati nak hantar. hehe. lagipun Azam ex-collegemates kitaorang yang dah bertahun tak jumpa tunggu dekat sana terus. Tiket flight AIR ASIA, Amoy & Dayah dah beli beberapa bulan awal pada Ogos last year dengan harga RM255 all in return. Azam pulak jadi mahal sikit sebab dia beli lewat.




Kebetulan kitaorang yang sedang mencari arah gate,boleh pulak terserempak dengan ex-collegemates kitaorang dekat sana.. rupanya dia berkerja dekat area situ.. apa lagi sambil tunggu flight jam 3 petang, kitaorang bergambar lah kan.

#DAAgossiptrip
my bestrfriend Dya Bunga
Jam 3 petang kitaorang dah bersedia untuk panaskan punggung nanti sebab flight ke Lombok, Indonesia mengambil masa 3jam 30minit . Hari pertama ini tak ada jalan-jalan lagi sebab kitaorang sampai di Lombok pun dah gelap dalam jam 7pm macam tu. 1st day ini kitaorang buat sebagai sesi ramah mesra sebab dah lama tak berjumpa dengan Azam. Kalau dengan Dayah tak perlu nak ramah mesra dah..sebab dah terlebih mesra.hehe :D

Inilah kitaorang DAA Gossip Trip , masa untuk sesi mengangga dalam flight kejap lagi. XD
Setibanya kitaorang ke Lombok International Airport, kitaorang beratur untuk sesi imigresen dan seterusnya kitaorang mencari Supir kitaorang iaitu Mas Adibetet yang Amoy telah booking awal untuk transportation. Mas Adi dah tunggu dekat situ dari jam 6.30 petang katanya lah.hehe XD, keluar dari pintu.. dia dah nampak Amoy dulu dengan angkat tangan.haha, Baru saja jumpa dah buat lawak dia. aduiyaii

yang paling kecik comel molek tu lah Mas Adibetet (Supir)
Setelah kitaorang dah jumpa dengan mas Adi dan masuk ke dalam kereta, Mas Adi decide bawa kitaorang ke kedai makan dulu untuk menjamu selera sebabnya kitaorang tak makan lagi dari tengahari..lapar banget ni..

Nasi Ayam Kampung + Balap
Dinner Amoy & Dayah untuk 1st day adalah nasi ayam kampung + balap dan air alpokat, Azam pula makan nasi plecing kangkung (kalau tak silap lah) dan air soda. Kitaorang dinner di restoran yang mas Adi recommend iaitu di Rumah Makan Cahaya Lombok. Sedap banget dan rindu pula nak makan nasi balap ni.. aduiii. Dinner Amoy untuk hari ini berharga Rp32,000 sahaja., berbaloi dan sedap sangat.

After that, Mas Adi bawa kitaorang beli sim kad dulu, ini penting kot bagi Amoy sebab senang untuk contact each other dan paling penting contact supir kan.hehe. Amoy beli simkad simPATI yang berharga Rp55,000 untuk 4gb internet.

Setelah settle membeli simkad.. kitaorang terus ke Hotel. 1st day kitaorang pilih hotel yang berdekatan saja iaitu M Hotel, Mataram yang kitaorang dah booking awal. Hotel ini simple but nice, paling utama Amoy tengok adalah toilet, kalau toilet okay bersih tandanya bersih lah tu kan..hehe. highly recommend untuk sesiapa yang nak stay area Mataram dengan bajet yang tidak mahal dan tidak murah. For 1st day Azam dapat bilik tingkat atas kitaorang, Amoy dan Dayah dapat tingkat bawah.

Ini lah bilik Amoy & Dayah.
Sorry bersepah sikit sebab belum apa-apa dah letak barang, punggah itu ini dalam beg. hehe XD Simple but nice kan.. asalkan boleh tidur dengan lena. hehe

Kos untuk Hari Pertama :-

  • Dinner (Nasi ayam kampung + balap & Air Alpokat) = Rp 32,000 (RM9.70)
  • Sim Kad (simPATI) = Rp55,000 with 4gb (RM16.70)
  • M Hotel (1night) = RM54.70/Per (RM109.40 / 2per)

Total = RM81.10*


Okay Dadaaa..


Lots of Love 

2 391 Dreaming:

Liyana Anuar said...

hai :)
kawan dya ye?
bestlah dapat g lombok dah :)

amoylalato said...

@Yana Libra hai, yup,kawan dya.. best sangat tp tak puas.. In sya Allah nanti nak repeat lg.. selamat berkenalan :)

Post a Comment

Thanks for comments. I Love You ♥