Assalamualaikum !!
Hello Dreamer ^^
Hello Dreamer ^^
Amoy nak share mengenai first trip Amoy with friends (Dyabunga & Azamshah) ke Lombok, Indonesia pada 22 April 2016 yang lalu. Asalnya berlima tetapi last minit jadilah bertiga saja yang pergi dan sebab utama pilih Lombok untuk first trip kitaorang ini mesti lah wishlist kitaorang, pantai yang cantik, view bukit bukau yang indah, bajet under RM1000 dan senang cari makanan halal. Nak tahu semua itu meh baca sampai habis. :)
Flight kitaorang jam 3.15 petang tapi jam 10 pagi dah gerak pickup Dayah dan terus gerak ke KLIA 2. Kos untuk ke KLIA 2 dah jimat sebab kakak Amoy yang baik hati nak hantar. hehe. lagipun Azam ex-collegemates kitaorang yang dah bertahun tak jumpa tunggu dekat sana terus. Tiket flight AIR ASIA, Amoy & Dayah dah beli beberapa bulan awal pada Ogos last year dengan harga RM255 all in return. Azam pulak jadi mahal sikit sebab dia beli lewat.
Kebetulan kitaorang yang sedang mencari arah gate,boleh pulak terserempak dengan ex-collegemates kitaorang dekat sana.. rupanya dia berkerja dekat area situ.. apa lagi sambil tunggu flight jam 3 petang, kitaorang bergambar lah kan.
#DAAgossiptrip |
my bestrfriend Dya Bunga |
Inilah kitaorang DAA Gossip Trip , masa untuk sesi mengangga dalam flight kejap lagi. XD |
yang paling kecik comel molek tu lah Mas Adibetet (Supir) |
Nasi Ayam Kampung + Balap |
Dinner Amoy & Dayah untuk 1st day adalah nasi ayam kampung + balap dan air alpokat, Azam pula makan nasi plecing kangkung (kalau tak silap lah) dan air soda. Kitaorang dinner di restoran yang mas Adi recommend iaitu di Rumah Makan Cahaya Lombok. Sedap banget dan rindu pula nak makan nasi balap ni.. aduiii. Dinner Amoy untuk hari ini berharga Rp32,000 sahaja., berbaloi dan sedap sangat.
After that, Mas Adi bawa kitaorang beli sim kad dulu, ini penting kot bagi Amoy sebab senang untuk contact each other dan paling penting contact supir kan.hehe. Amoy beli simkad simPATI yang berharga Rp55,000 untuk 4gb internet.
Setelah settle membeli simkad.. kitaorang terus ke Hotel. 1st day kitaorang pilih hotel yang berdekatan saja iaitu M Hotel, Mataram yang kitaorang dah booking awal. Hotel ini simple but nice, paling utama Amoy tengok adalah toilet, kalau toilet okay bersih tandanya bersih lah tu kan..hehe. highly recommend untuk sesiapa yang nak stay area Mataram dengan bajet yang tidak mahal dan tidak murah. For 1st day Azam dapat bilik tingkat atas kitaorang, Amoy dan Dayah dapat tingkat bawah.
Ini lah bilik Amoy & Dayah. |
Sorry bersepah sikit sebab belum apa-apa dah letak barang, punggah itu ini dalam beg. hehe XD Simple but nice kan.. asalkan boleh tidur dengan lena. hehe
Kos untuk Hari Pertama :-
- Dinner (Nasi ayam kampung + balap & Air Alpokat) = Rp 32,000 (RM9.70)
- Sim Kad (simPATI) = Rp55,000 with 4gb (RM16.70)
- M Hotel (1night) = RM54.70/Per (RM109.40 / 2per)
Okay Dadaaa..
Lots of Love ♥
2 391 Dreaming:
hai :)
kawan dya ye?
bestlah dapat g lombok dah :)
@Yana Libra hai, yup,kawan dya.. best sangat tp tak puas.. In sya Allah nanti nak repeat lg.. selamat berkenalan :)
Post a Comment
Thanks for comments. I Love You ♥